Friday, March 26, 2010

oh IBU~~

entry kali ni, saya ingin bercerita tentang ibu kesayangan saya.. ibu saya merupakan tulang belakang saya.. dia sentiasa ada di saat kesusahan saya terutama sekali di saat saya punya masalah kewangan ;p.. ibu banyak bantu saya.. ibu adalah segalanya pada saya.. saya terlalu sayangkan ibu saya lebih daripada nyawa saya sendiri..

pada tahun 2007, ibu saya telah diberitahu oleh Dr Selvam dari Putra Specialist BP bahawa dia mempunyai ketumbuhan (cyst) di dalam perutnya..cyst tersebut adalah sebesar 14cm..beso kan?? saya ingat lagi..pada masa tuh saya masih belajar di UTHM di tahun ke-3..saya sangat sedey..setiap malam saya menemani ibu saya di hospital..bila waktu saya ke kelas, arwah nenek (atok bi) yang akan menjaga ibu saya di hospital..alangkah mulianya kasih seorang ibu kan?? sanggup bersusah payah untuk anak walaupun diri x sesehat mana..alhamdulillah ibu memiliki seorang emak yang sangat penyayang..

semasa ibu di dalam OT, arwah atok bi, ayah n makngah (kakak ibu) yang menunggunya kerana pada masa itu saya mempunyai test..untuk subjek ape, saya sudah lupa..hanya ALLAH tahu ape perasaan saya pada ketika itu..saya langsung x dapat tumpukan perhatian pada test itu..setelah test selesai, saya bergegas ke hospital untuk melawat ibu..setibanya saya di sana, arwah atok bi menyambut saya..arwah menangis..arwah katakan pada saya, dia x sanggup melihat ibu saya sakit dan menderita..dia tau ibu saya sakit..dia tau ibu saya bukan seorang yang kuat..saya cuba yakinkan arwah, yang ibu saya mampu bertahan..

alhamdulillah selama hampir seminggu ibu di wad, ibu boleh discharged..arwah atok n makngah yang jaga ibu..ibu tinggal di rumah arwah atok selama hampir 2 bulan sehingga ibu betul2 sembuh dari luka operationnya..setelah ibu fully recovered, ibu telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik di SK Convent semula..

setelah hampir 2 tahun detik hitam itu berlalu, tahun lepas, sekali lagi ibu & family saya diuji.. ibu disahkan menghidap Kanser Ovari...pada waktu tu saya hanya mampu berserah pada-Nya untuk membantu ibu..

pada mulanya ayah & pakar, Dr Selvam merahsiakan penyakit ibu daripada pengetahuan saya & ibu..semasa saya menemani ibu check up, dr meminta saya memujuk ibu untuk melakukan kemo selepas pembedahan kali ke-2 ini dijalankan.. saya menjadi pelik & tertanya-tanya..balik dari hospital, saya terus menelefon cik shida, iaitu adik bongsu ibu untuk menceritakan apa yang doktor btau semasa saya di hospital..cik shida meminta saya menelefon kakak saudaraku yang merupakan seorang doktor..kak adah mangandaikan bahawa ibu mungkin menghidapi kanser kerana rawatan kemoterapi hanya digunakan untuk pesakit kanser..hatiku jadik x keruan.. saya meminta pandangan cik shida dalam hal ini.. cik shida menangis semasa saya memberitahu dia kemungkinan ibu menghidap kanser..

bayangkan anak mana yang x sedey bilamana tau ibu yang disayangi menghidap penyakit yang 'membawa maut'? saya seperti putus harapan..tapi cik shida meminta saya kuatkan semangat utk terus berdiri di samping ibu..kami mendapatkan second opinion di Hospital Pantai BP dan seterusnya, hasil pertolongan anak saudara uncle rahim (suami cik shida) yang merupakan pakar jantung di HUKM, ibu dapat dengan segera berjumpa dengan pakar Gynae & cancer daripada HUKM/ UKMSC iaitu proff hatta..

tanggal 29hb September 2009, ibu telah menjalani pembedahan di University Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (UKMSC). sel2 kanser telah dibuang bersama sebahagian daripada usus ibu..pembedahan berjalan selama lebih kurang 7jam..ibu dimasukkan ke OT sekitar jam 1pm dan pembedahan tamat sekitar pukul 8.30pm..

ketika ibu dibawa keluar daripada OT, keadaan ibu masih belum stabil dan ibu ditempatkan di ICU selama 4 hari..semasa ibu berada di dalam ICU, ibu kerap kali meminta aku membawakannya makanan kerana lapar dan telah beberapa hari tidak makan, tetapi disebabkan operation yang ibu jalani adalah major operation dan berkaitan dengan perut, maka ibu tidak dibenarkan untuk makan untuk satu tempoh supaya sistem penghadaman ibu kembali normal..

pada 3hb Oktober 2009, ibu dibenarkan keluar daripada ICU dan ditempatkan pula di wad Sutera 7..keadaan ibu bertambah baik..tapi ada masalah lain yang timbul..tiada seorang pun di antara kami sekeluarga yang berani untuk memberitahu ibu bahawa usus besar ibu terpaksa dibuang sedikit dan pakar usus, Proff Ismail terpaksa mengeluarkan usus tersebut ke sebelah kiri pinggang ibu supaya sel kanser tidak merebak ke bahagian usus yang lain..dengan kata lain, sistem penghadaman ibu tidak seperti orang biasa..ibu terpaksa membuang air besar di dalam beg khas..tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar kerana ibu dapat menerima keadaannya sebegitu..ibu sungguh kuat di dalam menjalani ujian ALLAH..aku bangga punya ibu sepertinya..

alhamdulillah pada 14hb Oktober 2009, ibu dibenarkan pulang..ayah membawa ibu pulang ke Johor, manakala aku terus berada di KL untuk bekerja..di Johor ibu dijaga oleh makngah (kakak ibu) dan ibu mengupah seorang penjaga untuk memandikannya dan membersihkan najisnya..

sekarang, setelah ibu menyempurnakan 1 cycle kemoterapi (1 cycle = 6 kali kemoterapi), ibu telah disahkan oleh pakar, proff hatta bahawa sel kanser ibu telah berada di bawah bacaan normal..alhamdulillah..segala apa yang berlaku punya hikmahnya..ibu menjadi wanita yang lebih kuat..ibu memiliki keazaman untuk terus hidup..ibu terlalu kuat di dalam menghadapi dugaan yang maha hebat ini..

"terima kasih ibu kerana sanggup berjuang habis-habisan untuk terus menjaga dan mendidik kita..terima kasih kerana tak pernah penat mendengar leteran kita supaya ibu berpantang makan dan mengambil ubat mengikut masanya..terima kasih kerana ibu rela menelan berpuluh2 kapsul ubat dalam sehari untuk terus sihat..terima kasih kerana ibu tidak pernah merungut untuk berpantang dan mengambil ubat dengan banyak..terima kasih ibu kerana menjadi wanita yang kuat..terima kasih ibu kerana kita tau ibu terlalu sayang untuk meninggalkan kita, ayah dan ahli keluarga yang lain..terima kasih ibu di atas segala-galanya.."

"terima kasih TUHAN untuk ujian yang Kau turunkan ini...aku bersyukur kerana dugaan yang kami sekeluarga tempuhi, membuatkan aku lebih menyayangi keluargaku..terutama ibu dan ayahku..terima kasih.."



8 comments:

ana said...

semoga semuanya selamat..

Anonymous said...

saya ibu ku jugak! sedey bace...

miss aini punya cerita said...

ana: tanx a lot babe.. =)

miss aini punya cerita said...

anonymous: yup..kte mesti sayang ibu kita lebih dari segalanya.. tq coz sudi baca post saya =)

yaya said...

same2 cik aini...ekekekek..

Anonymous said...

hahahha....aku tatau leh comment sbnrnyer...ok beb...ur mom is a strong woman...ko pun a strong woman....so just stay strong ok....ok...chiowww...:))

miss aini punya cerita said...

yati: ishk..yatyun rupanya..ku pk kan sape tadik =)..anw, tanx babe

miss aini punya cerita said...

azah: tq puji2 aku..ekekeke..aku ttp akan stay strong, insyaAllah =)