Wednesday, March 31, 2010

MAKNA Fitnez Mania 2010



hye kawan2 sekalian..
teringin tak nak work out sambil menderma..
if ada intention camtu..
how about if korang join Fitnez Mania 2010..
sambil dapat menyihatkan badan..
kita jugak dapat membantu pesakit2 kanser dengan cara memberi donation kepada Majlis Kanser Negara-MAKNA

Tarikh : 3hb & 4hb April 2010
Tempat : Hotel Vistana, KL
Yuran Pendaftaran : RM 270

***10% daripada yuran pendaftaran itew akan didermakan kepada MAKNA..***

Untuk penerangan lanjut..
anda boleh klik pada poster di atas..
jika berminat..
boleh call :
En faizal : 0166057711
En Anuar : 0162275520
En Rahmat : 0163303671
En Zam : 0173471234

ok..
c u there~~ =)

Tuesday, March 30, 2010

sangat seronok bila letrik tiada~~


hari ini saya sangat suka..
kenapa??
kerana hari ini waktu keje saya sangat pendek..
kenapa??
kerana hari ini bekalan elektrik telah dijadualkan terputus di sekitar kawasan parit raja, batu pahat..
kenapa??
mungkin disebabkan oleh tujuan menaik taraf bekalan elektrik di kawasan sekitar..
berapa lama??
bekalan elektrik itu terputus dari jam 9.30am sehingga jam 5.30pm..

best tak korang rasa??
memang rasa sangat bahagia..
bila boss bagi green light untuk balik..
saya dan opismates sekalian balik dengan laju2..
sangat seronok..

kawan satu opis saya, cik aisyah..
sangat hepi dan terus membuat plan untuk window shopping barang2 tunang..
x tau laa jadik ke tidak dia pegi..
mesti dia sangat eksited untuk bertunang..
saya sebagai kawan akan mendoakannya yang terbaik..
semoga hubungan dia dengan bakal tunang dia berkekalan sehingga ke akhir hayat..
aminn.... =)

“I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair”


hye kawan2 dan viewers sekalian..
mari kita beramai-ramai memeriahkan dan menyerbu Gatsby Deodorant Street Fair pada 17hb April ini iaitu pada hari sabtu..
ia akan diadakan dari pukul 10am sehingga pukul 5pm bertempat di front foyer, ground floor, Berjaya Times Square KL..

kawan2 dan viewers sekalian takkan rasa sia2 jika pergi ke sana..
kerana apa ye??
pastilah anda semua akan terhibur dengan aktiviti2 yang disediakan..
terdapat banyak aktiviti yang boleh anda sertai antaranya seperti permainan membaling bola, dan sumo wrestling yang mana badan anda semua akan dibalut dengan airbags..
interesting kan??

bukan itu sahaja okay..
anda juga akan berpeluang memenangi cabutan bertuah sekiranya memang anda orang yang bertuah pada hari itu..
jadi berdoa dan berharap laa dari sekarang okay?? =)
anda juga nanti akan berpeluang memenangi bermacam-macam gadgets yang sangat best bernilai sehingga RM 15, 000.00..
jadi??
perlukah anda hanya tunggu dan bermimpi sahaja untuk mendapatkan hadiah2 lumayan seperti ini??

selain itu..
sekiranya anda semua melawati laman web Gatsby..
anda juga pasti terhibur dengan online games yang disediakan..
bukan hanya bermain untuk bersuka-suka sahaja..
malah anda juga berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan..
pemenangnya pula akan ditentukan pada setiap minggu..
ape yang anda tunggu lagi??
lawatilah laman web Gatsby sekarang..
sebelum terlambat..
dan mari kita tengok sape yang kena!! =)

lawati laman web Gatsby di www.gatsby.com.my/streetfair





Monday, March 29, 2010

duwet oh duwet...

duwet..duwet..
di mana kau duwet..
huhuhu...saya sangat pening memikirkan duwet yang x pnah cukup..
gaji kecik..hutang banyak..
manakan nak bayar installment keta..

gambar ini hanya ilusi semata-mata ;p

manakan nak bayar pinjaman asb yang dengan tamaknya saya amek skali banyak..
maklum ah fikirkan dividen yang bakal dapat setiap awal tahun..
figurenya nak cecah rm4k..
sape x mau kan??
xpe la bersusah2 dahulu..
bersenang2 kemudian.. ;p


pinjaman ptptn yang berlambak ditambah dengan bunga-bungaannya tuh..
sungguh memeningkan kepala..
tapi waktu belajar dulu..
bukan maen enjoice okay..
asal loan ptptn masuk jewk..
trus buat plan p kl..
x pun terus p jusco tebrau ct menghabiskan duwet dengan laju2..
skang tibalah masa untuk membayar pulak..
memang nyesal sangat amek loan nie..
padahal ayah bagi duwet da cukup..
disebabkan nak enjoy punya pasal..
amek loan ni tanpa pengetahuan dia dan meniru signature dia..
ekekeke..
skang ayah xmo tolong bayarkan..
pandai2 sayalah katanya..


tak lupa untuk masa hadapan..
membayar insurans kesihatan + medical card + cancer care +saving..
maklum laa family saya punya sejarah tersendiri..
penyakit cancer di dalam family saya sudah menjadi tradisi..
penyakit itu bukan disebabkan pemakanan yang x sihat..
tapi disebabkan genetik..
kenapa saya cakap begitu??
mestilah sebab sebelum ibu saya menghidapi penyakit ini..
arwah kakaknya telah dulu menghidapi penyakit kanser payudara..
kemudian arwah nenek saya, tok bi pula menghidapi penyakit kanser pankreas..
syahdu kan??
itu la sebabnya ibu menyuruh saya bersedia..
seperti perumpamaan "sediakan payung sebelum hujan.."



opss..
lupa pula..
kena bayar bil telefon yang disertai internet itu..
hampir saya terlupa..
chittt.. =)
nasib baik laa telefon mmg banyak berjasa pada saya..
jadik tak buley ignore sahaja..
mesti mau bayar..
kalau tidak mau kne barred..


bulan ni yang membuatkan saya bertambah pening adalah..
saya terpaksa menghantar kereta untuk diservis..
kilometer kereta saya telah mencecah 20k km mileage-nya..
ikut jadual yang saya tengok di pusat servis honda..
bayaran yang dikenakan mencecah rm500++..
owh..
sguh pening kepala ku..
kalau la saya tidak punya kereta kan bagus..
oppsss..
sowie sayang..
bangga punya kamu..
kamu harta pertama saya..
luv it soo much ;p

Sunday, March 28, 2010

hari bahagia (",)

okay.. seperti yang telah saya janjikan..
saya akan update blog saya sekembalinya saya ke rumah..

saya sampai lambat di restoran segar untuk berjumpa bff saya, syefa..
kami berjanji untuk berjumpa di sana pada pukul 9am..
tapi saya tiba di sana pada pukul 9.20am..
"maafkan aku babe..
aku terlambat dan buat kau tertunggu-tunggu..
kau tak marah kat aku kan..
aku tau kau sayang aku..
aku pun sayang kau jugak =)"..

semasa di restoran itu..
saya order teh ais dan mihun soto..
sedap okay..
tapi saya x habis makan pun walaupun ianya sedap..
sebab saya rasa diri sudah sangat gemuk..
takut untuk habiskan makanan itu..
tapi bila pk balik..
terasa sayang dan x baik pulak membazir..
"maaf ye cik mihun soto..
lain kali saya janji insyaAllah saya akan cuba habiskan kamu.."

syefa pulak order milo suam bersama nasi lemak sotong..
sikit jek syefa makan..
nasi separuh..
"sayang..lain kali jangan makan sikit sangat kay??
sian baby dalam prot tu..
tkot dia lapo lak..
selagi boleh makan ni..makan je okay..
ko makan untuk dua orang..
kena ingat tue =)"

lama kami lepaq di restoran tu..
dekat 2jam jugak laa..
maklum lah last saya bertemu dengan bff saya yang sorang ni ialah pada masa raya tahun lepas..
iaitu pada bulan september 2009..
sejak dia preggy..
ni baru 1st time saya berjumpa dengan dia..
dia sangat cantik n sangat berseri sejak preggy ni okay..
saya sempat bertanya apa tips jadik cantik dan berseri..
jawapannya ialah "Clinique".. =)
jikalau saya pun bisa guna produk itu..
saya pasti akan mencubanya untuk menjadi cantik seperti syefa..
tapi kulit sensitif saya tidak sesuai dengan produk itu..
jadik baik batalkan saja niat untuk meniru tips kecantikan syefa..
okay??

sepanjang perbualan kami..
banyak bercerita tentang life masing2..
saya suka nak tau tentang baby dia..
skang usia kandungan syefa da menjangkau 6bulan..
tapi jantina masih blum dikenalpasti walaupun telah berkali-kali dia melakukan scan..
pada saya pasti anak dia ini perempuan..
bukan saya sahaja ahli nujum yang berkata camtu kay..
ada dekat 4 orang dah yang cakap anak yang bakal dilahirkan gurl..
even doctor sendiri cakap..
if sekali lagi scan dan masih x nampak..
doctor suro assume anak itu baby gurl..
saya sangat suka baby gurl..
sebab itu saya sangat suka hana, anak bff noad..
dan lulu, anak bff cheri..
sebab saya suka baby gurl??
mestilah kerana banyak sangat baju dan kasut yang cute dan cantik untuk mereka..
pinkish..sangat comey dan sweet okay..
jadik kepada kawan yang tengah preggy tu..
better berharap untuk melahirkan baby gurl..
sebab aunty aini sangat suka beli baju baby gurl..
cube tanya mommy hana..
da bape helai baju dia dapat.. hehehehe =)
juz kidding..

okay..
afta makan..kami bergegas ke rumah cheri..
sampai umah cheri..
lulu tgh tido..
saya yang jahat ini telah mengganggu waktu rehat dan tido lulu..
lucky me.. mommy lulu tak marah..
"tenkiu cherie dearie..
aku tau ko faham yang aku rindu kat lulu kan??
tu yang ko langsung x marah bila aku kejutkan lulu =)"

masa syefa dan cheri berbual di hall..
saya pulak bergosip dengan umi, iaitu mak cheri di dapur..
bukan gosip yang jahat2 okay..
kami berbual tentang kak mas, kakak cheri yang tengah tunggu hari untuk bersalin..
dan kakak ipar dia juga..
bukan main besar family cheri kan??
dalam setahun sekali 3 babies keluar..
tarikh dekat2..
sweet sangat..
pastu umi berikan saya sebotol madu yang umi beli dari jeddah..
mahal okay madu itu..
7kg berharga rm1k..
tapi umi kata madu tu sangat bagus..
dan insyaAllah boleh dijadikan penawar untuk segala penyakit termasuk penyakit ibu..
"terima kasih umi coz bagi aini madu yang bagus itu..
umi jangan risau..
aini akan pastikan yang ibu makan madu tu setiap hari..
terima kasih kerana umi banyak membantu..
terima kasih juga untuk air zam2 yang umi bawa dari mengerjakan umrah aritu..
semoga penyakit ibu aini terkawal dengan bantuan umi, insyaAllah..
terima kasih banyak2 =)"

lebih kurang dalam pukul 12.30pm..
saya dan syefa balik..
tapi bukan terus balik kay..
agenda seterusnya ialah..
menemani syefa pergi ke rumah mentua kesayangannya..
kat uma mentua syefa kami duduk sampai pukul 2pm..
pastu masing2 mau pulang ke rumah masing2 sebab penat..
before syefa balik dia berikan aku earrings yang sangat nice okay..
birthday pressie..
walaupun birthday saya da lama berlalu..
tapi tak sangka dia tetap juga belikan saya pressie..
"babe, tq so much for d luvly earrings..
me sangat suka earrings itu okay..
akan pakainya bila ada function nanti..
sangat lip lap..
sangat bergaya okay.. =)"

dan saya...
saya juga ada hadiah untuk syefa..
hadiah saya memang tak seberapa..
saya hanya hadiahi dia baju untuk preggie woman..
saya harap dia suka..
saya tak tau mau belikan dia apa lagi..
sebab sumenya dia suda ada..
"yang, harap ko suka baju tu okay??
x tau nak beli ape untuk ko..
skang kite da beso..
masing2 da ade duit untuk beli macam2..
lain la zaman skolah dulu..
macam2 bole beli untuk ko..
skang nak beli pfume pun ko je da ade 6 7 botol..
handbag lagi tak payah cete..
kasut..pasti suda penuh rak..
kain ela..da banyak kali kowt aku bagi rasanya..
harap ko suka dan akan guna baju tu untuk p jalan2 okay??
yang seluar dan baju itam tu..
guna masa di rumah..
if sejuk, sarung seluar dan baju itu okay??
aku nak yang terbaik untuk ko =)"



pas salam dan berciuman dan berlaga2 pipi..
kami membawa haluan masing2..
syefa terus balik ke rumah mamanya..
dan saya..
merayau-rayau seorang diri lah..
agenda saya seterusnya adalah mencari skincare baru..
saya menuju ke square one..
tempat pertama yang saya tuju adalah..
ivy n i debeauty skin care health spa yang terletak di level 1..
tujuan ke sana ialah ingin membuat appoinment facial..
tapi saya punya agenda tersembunyi..
iaitu saya ingin menjual semula stok produk yang ibu saya beli tapi masih belum digunakan lagi..
masih baru dan still in a gud condition..
tapi..malang sungguh..
saya tak dapat tukar produk tersebut dengan produk lain..
tetapi sebelum saya beredar..
saya ada menerangkan kepada beautician tersebut iaitu elaine supaya dia dapat menghubungi taukenya iaitu ivy atau managernya iaitu nicky untuk bertanya tentang pertukaran produk tersebut..

hati saya hancur okay..
mana taknya..
tak dapat save duit tok tukar produk itu..
terus saya kal bff saya iaitu yati untuk dapatkan pendapatnya..
dia suggest saya untuk try gunakan produk tia amelia..
saya pun menurut kata..
pergi ke kaunter yang terdapat di sekitar carrefour untuk mencari produk yang dimaksudkan..
bukan main murah okay..
harga sebuku sabun pencuci hanya rm7..
kalaulah muka saya berjaya dipulihkan dengan pencuci ini..
sungguh bahagia hidup saya..
sangat sookaa dengan suggestion yati..
"tq babe atas suggestion yang sangat menyenangkan itu =)"
saya dengan happy terus membayar harga sabun tersebut..



tiba2 saya dapat call daripada ivy n i debeauty..
saya sangat happy bila dapat tau yang managernya bagi saya tukar produk baru dengan produk ibu saya..
sangat sookaa..
sangat eksited untuk pergi menukar dengan pencuci muka saya..
ohh terima kasih nicky..
u r so nice okay..
=)..

saya singgah di perfume shop before saya p semula ke spa tersebut..
niat di hati hanya mau mencuba perfume mana yang best..
walaupun sebenarnya hati sangat meronta untuk memiliki marc jacobs lola dan guerlain idylle..
try punya try..
akhirnya saya dihasut oleh bisikan halus supaya saya membajir..
habis duit saya..
terpaksa jugak beli sebab pfume yang ade tinggal sedikit sangat..
saya grab pfume anna sui secret wish..
saya memang sookaa bau pfume ini..
sangat sweet..
ibu juga sangat sookaa..
jadi saya beli untuk kegunaan kami..
kerana saya telah menghabiskan pfume shiseido zen ibu dengan jayanya..
"ibu..kita kongsi eh guna pfume baru nih..
sori da terhabiskan pfume ibu ;P"



pas perabih duit kat kedai pfume tuh..
saya dengan laju2..
terus menuju ke spa ivy..
elaine menyambut saya dan menyuruh saya memilih barang yang saya perlukan..
jumlah harga tidak boleh kurang daripada rm409..
lebih tak ape okay..
huh!!~~
1st barang..
mestilah saya grab pencuci saya yang da sebulan habis tu kan..
ape lagi kalau bukan special cleansing gel..
barang kedua saya ambil after sun repair kerana barang ini saya telah cicirkan di hotel semasa bercuti di sabah dulu.. =)
dan barang ketiga yang saya ambil ialah hit the spot..
ini untuk mengeringkan sang jerawats di muka saya ini ok..
dan jumlah semua barang tersebut adalah...rm482..
dan saya hanya perlu membayar..
sebanyak rm73..
walllaaaa...
sangat murah..
dan sangat sookaaanya saya..
3 barang boleh dapat dengan harga rm73??
best sungguh kan??
=)


pas da penat pilih dan bayar baki tersebut..
saya dengan puas ati pulang menuju ke kereta..
dan dengan happy..
telah bercerita pada ibu setibanya di rumah..
ibu hanya mampu tersenyum..
padahal..barang ibu yang saya jual itu..
ibu memang baik..
ibu paham kita x punya banyak duit..
ibu relakan jewk kita buat apa2..
terima kasih ibu..
kita memang sayang sangat2 kat ibu..
lebih dari nyawa kita sendiri..
kita janji akan berusaha untuk bahagiakan ibu..
dunia juga akhirat..
semuanya akan kita buat untuk ibu..
ibu segalanya untuk kita..
u mean world to me..
luv u sooooooooooooooooooooooo much ibu.. =)

di pagi ahad~~

ok..agenda saya pada pagi ini..
tadi da bermesej2 dengan my bff, syefa ttg plan yang da kami buat seminggu yang lalu..
1stly kami mau p bekpes dulu kat restoran segar..
special tentang restoran ni ialah dia punya roti canai sangat sangatlah lembut..
seyes x tipu..p lah try if x caye..
pastu laksa johor dia pun not bad..cuma dia x pkai spaghetti..
tapi pakai mi laksa yang warna putih n beso tuh..
if dia guna spaghetti lagi terbaik laksa johor dia..
soto dia pun best..siap ade begedil lagi..
sape2 yang dok batu pahat tuh, try la datang restoran nih..
da macam spokesperson tok restoran ni da saya kan??
ni kene mintak komisen sket nih..

eh..sebenarnya nak cete tentang agenda bersama bff kan??
skang da melalut jauh lak ek??
ok..kita sambung balik..
pas makan nati, saya n bff cpah nak p uma umi bff cheri..
kami nak tengok lulu alwana yang baru sebulan dilahirkan...
eh, arini genap sebulan lulu dilahirkan..
28hb Februari 2010 - 28hb Mac 2010
lulu, mummy aini nak wish happy besday yang ke sebulan kay??
jadik anak yang baik n solehah bila beso nati kay??
nati lulu beso kte p vacation sama2 dengan sume bffs mama..
iaitu mummy aini, mummy yati, mummy nor & mummy L..
tinggalkan papa lulu sorg2 ok?? =)
jangan mara kay mr farid anuar??

okay..
ingat pas tengok lulu mau p buat terapi lintah..
sangat geram n risau dengan muka saya..
sejak tuko skincare ni..muka saya ditumbuhi jerawat dengan begitu pesat..
kenapalah muka saya ni sangat sensitif kan??
kalau x, bleh saya main taram je pakai skincare yang murah & blambak2 kat guardian tuh..
ishk..sangat sedey okay..
dulu saya pakai produk skincare dari US - dermalogica..
tapi disebabkan mahal & gaji saya hanya cukup2 makan..
saya bertuko pada sebamed..
baru sebulan saya menggunakan sebamed..
tapi jerawat saya bukan main tumbuh dengan sukanya..
huh~~
ibu da bising sebab saya bertukar skincare..
harap..terapi lintah dapat membantu saya dalam hal muka saya nih..
saya pening memikirkannya..
tolong ye encik2 lintah..
tolong sedut sume darah kotor saya & bagi muka saya licin..
terima kasih..

pas buat lintah nati ingat nak singgah ivy & i debeauty skincare health spa..
spa ni ade 3 cawangan:
cawangan 1: di belakang balai bomba lama batu pahat
cawangan 2: di square 1 batu pahat
cawangan 3: di summit parade batu pahat
spa ni satu2nya spa di batu pahat yang ada sediakan produk dermalogica..
nak tanya ada promotion ape bulan ni untuk produk skincare..
kerana kawan saya cik azah ada beritahu yang terdapat promotion untuk produk dermalogica spai 8hb april nanti..
jadi if produk murah..
saya mau beli..
sbb suda tak larat lihat muka yang semakin hari semakin tumbuh jerawat dengan pesatnya nih..
harap2 produk ada buat jualan sehingga 50% untuk member setia mereka seperti saya ini =)..

sekian dulu kay..
macam da terlewat untuk bersiap p tengok lulu..
janji dgn bff syefa pukul 9am sharp mesti ada di restoran segar..
tapi skang jam da pukul 8.41am..
saya masih blom mandi lagi..
wallaa...
janji melayu kan??
mana penah tepat?? ;p
nati saya update lagi blog ini sekembalinya saya ke umah..

c u ~~~~~~~
lulu, mummy aini datang ;p




Saturday, March 27, 2010

Kak Dila- Newly Wed =)

selepas saya bangun pagi, saya telah mengemas rumah kerana selalunya rumah saya akan dikunjungi oleh kawan2 ibu ataupun sedara-mara yang ingin melawat ibu..jadik, umah mestilah sentiasa kemas kan?? walaupun sebenarnya, umah hanya akan kelihatan kemas pada hujung minggu sahaja..maklum lah, saya x sempat nak kemas umah pada hari bekerja..bangun pun lambat ;p saya kemas umah tadi pun ala kadar kerana umah tidak berapa nak bersepah.. gheee.. bukan ada budak kecik pun..selalu yang suka buat sepah hanyalah ayah..dan saya, hanya akan buat sepah di dalam bilik sendiri jek..memang macam sarang tikus jugak laa.. hahaha

setelah selesai mengemas, saya masakkan ibu pulak..arini menu yang perlu saya masak adalah asam pedas ikan kembung dan sayur sawi rebus..asal ibu nak makan asam pedas jek mesti suro saya yang masak..knapa ek?? cuba teka?? hahahaha... masak punya masak, tengok jam da nak dekat pukul 12.30pm..padahal janji dengan sume opismates nak p kenduri kak dila sama2 & tunggu di opis sekitar jam 1pm.. wahh...terlambat suda..kalut teruss...

cepat2 mandi, pakai baju..nasib baik baju da siap gosok..sepupu saya tolong gosokkan..(tq yana) hehehe..make up ala kadar.. pilih handbag.. pilih kasut.. bukak pintu umah.. start enjin kete.. tup2 opismate ecah, biha (adik ecah) dan pak mat da spai depan umah..tepat pada waktunya..kami memang selalu menepati masa okeh..

saya yang driving..opismates yang lain lambat, jadik kami p dulu ke kenduri kak dila..tanak terlambat sebab eksited nak tengok kak dila naek pelamin..orangnya kiut..pasti comey bila da kne solek..spai kluang sekitar pukul 2pm..masuk jek dewan da nampak mak yah, kak ros & anak, aca, wawa n kak naz di meja tengah makan..terus tuju ke arah mereka & dengan cepat terus p amek makanan..lapo sangat..x bekpes pagi tadi.. bangun terlambat ;p


pengantin spai pada pukul 2.45pm..comey sangat kak dila..wajah dia langsung x dimakan dek usia..untung abang zaki dapat dia..orangnya rajin, baik hati tapi sensitif..kalau ditindas pasti suka sedey2..sabo ye akak..di mata ALLAH kita ni serupa sumenya..da jadik isteri orang tu, pangai kene ubah..mesti jadik matang..jangan nangis2 lagi tau ;p..hehehe..sayang akak..mmmwwaaahhh






Friday, March 26, 2010

oh IBU~~

entry kali ni, saya ingin bercerita tentang ibu kesayangan saya.. ibu saya merupakan tulang belakang saya.. dia sentiasa ada di saat kesusahan saya terutama sekali di saat saya punya masalah kewangan ;p.. ibu banyak bantu saya.. ibu adalah segalanya pada saya.. saya terlalu sayangkan ibu saya lebih daripada nyawa saya sendiri..

pada tahun 2007, ibu saya telah diberitahu oleh Dr Selvam dari Putra Specialist BP bahawa dia mempunyai ketumbuhan (cyst) di dalam perutnya..cyst tersebut adalah sebesar 14cm..beso kan?? saya ingat lagi..pada masa tuh saya masih belajar di UTHM di tahun ke-3..saya sangat sedey..setiap malam saya menemani ibu saya di hospital..bila waktu saya ke kelas, arwah nenek (atok bi) yang akan menjaga ibu saya di hospital..alangkah mulianya kasih seorang ibu kan?? sanggup bersusah payah untuk anak walaupun diri x sesehat mana..alhamdulillah ibu memiliki seorang emak yang sangat penyayang..

semasa ibu di dalam OT, arwah atok bi, ayah n makngah (kakak ibu) yang menunggunya kerana pada masa itu saya mempunyai test..untuk subjek ape, saya sudah lupa..hanya ALLAH tahu ape perasaan saya pada ketika itu..saya langsung x dapat tumpukan perhatian pada test itu..setelah test selesai, saya bergegas ke hospital untuk melawat ibu..setibanya saya di sana, arwah atok bi menyambut saya..arwah menangis..arwah katakan pada saya, dia x sanggup melihat ibu saya sakit dan menderita..dia tau ibu saya sakit..dia tau ibu saya bukan seorang yang kuat..saya cuba yakinkan arwah, yang ibu saya mampu bertahan..

alhamdulillah selama hampir seminggu ibu di wad, ibu boleh discharged..arwah atok n makngah yang jaga ibu..ibu tinggal di rumah arwah atok selama hampir 2 bulan sehingga ibu betul2 sembuh dari luka operationnya..setelah ibu fully recovered, ibu telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik di SK Convent semula..

setelah hampir 2 tahun detik hitam itu berlalu, tahun lepas, sekali lagi ibu & family saya diuji.. ibu disahkan menghidap Kanser Ovari...pada waktu tu saya hanya mampu berserah pada-Nya untuk membantu ibu..

pada mulanya ayah & pakar, Dr Selvam merahsiakan penyakit ibu daripada pengetahuan saya & ibu..semasa saya menemani ibu check up, dr meminta saya memujuk ibu untuk melakukan kemo selepas pembedahan kali ke-2 ini dijalankan.. saya menjadi pelik & tertanya-tanya..balik dari hospital, saya terus menelefon cik shida, iaitu adik bongsu ibu untuk menceritakan apa yang doktor btau semasa saya di hospital..cik shida meminta saya menelefon kakak saudaraku yang merupakan seorang doktor..kak adah mangandaikan bahawa ibu mungkin menghidapi kanser kerana rawatan kemoterapi hanya digunakan untuk pesakit kanser..hatiku jadik x keruan.. saya meminta pandangan cik shida dalam hal ini.. cik shida menangis semasa saya memberitahu dia kemungkinan ibu menghidap kanser..

bayangkan anak mana yang x sedey bilamana tau ibu yang disayangi menghidap penyakit yang 'membawa maut'? saya seperti putus harapan..tapi cik shida meminta saya kuatkan semangat utk terus berdiri di samping ibu..kami mendapatkan second opinion di Hospital Pantai BP dan seterusnya, hasil pertolongan anak saudara uncle rahim (suami cik shida) yang merupakan pakar jantung di HUKM, ibu dapat dengan segera berjumpa dengan pakar Gynae & cancer daripada HUKM/ UKMSC iaitu proff hatta..

tanggal 29hb September 2009, ibu telah menjalani pembedahan di University Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (UKMSC). sel2 kanser telah dibuang bersama sebahagian daripada usus ibu..pembedahan berjalan selama lebih kurang 7jam..ibu dimasukkan ke OT sekitar jam 1pm dan pembedahan tamat sekitar pukul 8.30pm..

ketika ibu dibawa keluar daripada OT, keadaan ibu masih belum stabil dan ibu ditempatkan di ICU selama 4 hari..semasa ibu berada di dalam ICU, ibu kerap kali meminta aku membawakannya makanan kerana lapar dan telah beberapa hari tidak makan, tetapi disebabkan operation yang ibu jalani adalah major operation dan berkaitan dengan perut, maka ibu tidak dibenarkan untuk makan untuk satu tempoh supaya sistem penghadaman ibu kembali normal..

pada 3hb Oktober 2009, ibu dibenarkan keluar daripada ICU dan ditempatkan pula di wad Sutera 7..keadaan ibu bertambah baik..tapi ada masalah lain yang timbul..tiada seorang pun di antara kami sekeluarga yang berani untuk memberitahu ibu bahawa usus besar ibu terpaksa dibuang sedikit dan pakar usus, Proff Ismail terpaksa mengeluarkan usus tersebut ke sebelah kiri pinggang ibu supaya sel kanser tidak merebak ke bahagian usus yang lain..dengan kata lain, sistem penghadaman ibu tidak seperti orang biasa..ibu terpaksa membuang air besar di dalam beg khas..tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar kerana ibu dapat menerima keadaannya sebegitu..ibu sungguh kuat di dalam menjalani ujian ALLAH..aku bangga punya ibu sepertinya..

alhamdulillah pada 14hb Oktober 2009, ibu dibenarkan pulang..ayah membawa ibu pulang ke Johor, manakala aku terus berada di KL untuk bekerja..di Johor ibu dijaga oleh makngah (kakak ibu) dan ibu mengupah seorang penjaga untuk memandikannya dan membersihkan najisnya..

sekarang, setelah ibu menyempurnakan 1 cycle kemoterapi (1 cycle = 6 kali kemoterapi), ibu telah disahkan oleh pakar, proff hatta bahawa sel kanser ibu telah berada di bawah bacaan normal..alhamdulillah..segala apa yang berlaku punya hikmahnya..ibu menjadi wanita yang lebih kuat..ibu memiliki keazaman untuk terus hidup..ibu terlalu kuat di dalam menghadapi dugaan yang maha hebat ini..

"terima kasih ibu kerana sanggup berjuang habis-habisan untuk terus menjaga dan mendidik kita..terima kasih kerana tak pernah penat mendengar leteran kita supaya ibu berpantang makan dan mengambil ubat mengikut masanya..terima kasih kerana ibu rela menelan berpuluh2 kapsul ubat dalam sehari untuk terus sihat..terima kasih kerana ibu tidak pernah merungut untuk berpantang dan mengambil ubat dengan banyak..terima kasih ibu kerana menjadi wanita yang kuat..terima kasih ibu kerana kita tau ibu terlalu sayang untuk meninggalkan kita, ayah dan ahli keluarga yang lain..terima kasih ibu di atas segala-galanya.."

"terima kasih TUHAN untuk ujian yang Kau turunkan ini...aku bersyukur kerana dugaan yang kami sekeluarga tempuhi, membuatkan aku lebih menyayangi keluargaku..terutama ibu dan ayahku..terima kasih.."



1st timer (",)

today is my 1st time conteng2 n merepek di dalam blog nie.. actually, da lame sangat teringin nak buat blog sendiri..coz i think it is kewl.. selalu juz baca blog kawan2 atau blog bloggers yang memang da established such as pinkstilettos, redmummy etc...today, hajat and keinginan saya suda tercapai..harap dapat sentiasa meng'update' blog ini...

untuk teman2 baik saya sekalian, diharap dapat membantu saya...juga pada kawan2 yang lain..mari lah bersama2 membantu saya sebab saya mmg sangat jahil ini.. saya perlu banyak blaja kan?? menjadi blogger bukan satu perkara yang senang..;p

saya buat blog ni pun bersebab..saya harap secara x langsung saya dapat jadikan blog ini tempat untuk saya meluahkan segalanya..tempat saya berinteraksi dgn kawan2 saya..n mungkin bley jadik tempat untuk saya berniaga..

saya sangat suka berniaga..terutama barang2 fashion..di harap dalam next entry nanti akan ada barang2 yang akan saya jual kepada kamu sume..brand new and used stuffs.. dun worry laa.. barang2 itew pasti dijamin berkeadaan baik n berkualiti baik..insyaallah..