Wednesday, December 21, 2011

GELI.. sekian

adoi.. baru sat td tertengok pic percutian si 'laha' bsama kawan2 dan gf masing2.. plishhhhh.. geli hokay!! tgok pic mereka buat diri sendiri rasa geli dan kesian kat diri sendiri. nape laa sy begitu bodoh selama ni ek?? now tidak lagi. if si 'laha' nk bbuat dosa, sy xmo campo. silakan terus membuat dosa sbb sy x sanggup lagi. usia da semakin lanjut, patut semakin sedar. ni nampaknya semakin dasat. maklumlah kawan2 sume seangkatan. semakin hepi je laa si 'laha' tu..
tlg jgn rasa sy jeles. plissshhhh.. langsung x jeles. tp kesian lg ade kt family si 'laha'. sy memang xkan nk doakan dia jadi baik lah kan?? buang masa.. dah la salah xnak ngaku. kesian sgt.. pathetic.. =(
x boleh tulis panjang2.. nati dikatanya sy begini sebab dia xnak sy. sbb tu sy jadi meroyan gini.. ahahaha.. lawak sungguh.. mahap ye si 'laha' kamu tiada dlm kamus idup sy lg.. p maen jauh2 sane.. shuhhhhhhh... bye!

Sunday, December 18, 2011

TQ En Wangi


last friday en wangi telah membelanja sy menonton cete ombak rindu. it was my 2nd time watched dat movie actually. sy sukaaaaaaaaaaaaaa sgt abg aaron.. oh TUHAN tlglah dktkanku dgn mr rite yg spt watak aaron dlm cete itu.. wallahhhh... *mimpi indah*

Thursday, December 15, 2011

semoga sy mendapat seseorang yg baik, memahami, mencintai sy seadanya, menyayangi sy sepenuh hatinya dan setia.. sila doakan sy ye kawan-kawan =).. En Wangi pun nak doakan sy juga kan?? TQ u

Diriku begitu berharga

kerana diriku begitu bermakna ;)

Ombak Rindu


currently sy sgt addicted mendengar lagu ini. best lagu ni. sedih sgt. Dear En Wangi, kalau jumaat ni Twilight xde, kita tgk cete ni eh? walaupun sy dah tengok cete ni dengan yati last week, tp sy tetap nak tengok lagi sbb cete ni best. sila take note!! =)

Dear sang SPESIS

actually sy xkan menganggap spesis itu EX sy, jauh sekali kawan sy. sy lebih rela menganggap spesis itu stranger yang coincidentally terjumpa. and now si spesis telah mati dari dunia sy. begitu juga dgn ahli keluarga juga kawan-kawannya. En Wangi nasihati sy, jika ingin move on, jangan toleh kebelakang lagi. jangan ada connection dengan family atau kawan-kawan si spesis. nasihat En Wangi sgt bagus. btol kata En Wangi, sy terlalu berharga untuk dia, jd sy xkan persiakan diri sy pada spesis itu. NEVER!!! =) TQ En Wangi atas nasihat yg amat membantu =)

Aja Aja Fighting!

En Wangi selalu kata sy seorang yang kuat!! ye!! sy memang kuat.. sy xkan menyerah walaupun ade yang sakiti sy =)

Tuesday, December 13, 2011

Terima Kasih En Wangi

Terima Kasih sbb call sy tadi en wangi. kamu selalu sgt call time ati sy tgh gundah gulana. TQSM tau u =)... alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi

Alhamdulillah~~


alhamdulillah. TQ so much ALLAH untuk segala yang KAU limpahkan ke atasku. aku amat-amat bersyukur. KAU berikanku petunjuk. KAU jauhi aku dari segala yang mungkar. KAU tarik aku ke jalan yang lurus. KAU bimbing aku untuk menjauhi kejahatan. KAU pisahkan aku dengan 'spesis' durjana. KAU perkenankan doaku selama ini. aku sgt berterima kasih terhadapmu ya ALLAH. 
selama 5 tahun aku berkawan dengan 'spesis' itu, tak pernah sekalipun perbuatan terkutuknya terbongkar. malah setiap pergaduhan kami, 'spesis' itu sentiasa letakkan kesalahan di bahu aku. selama ini, aku sahaja yang sering dipersalahkan. aku sahaja yang jahat. aku sahaja yang hina. segalanya tentang 'spesis' itu baik belaka. sesungguhnya kuasa-MU itu amat hebat, ya ALLAH. dalam sekelip mata, semua sifat dan sikap terkutuknya terbongkar satu-persatu. 'spesis' itu hanya bertopengkan dengan ketinggian ilmu agamanya. malah DR Asri salah satu penceramah agama yang disukainya. bila bercerita tentang agama, 'spesis' itu memang sangat pandai. tapi, dosa mudah tak dapat dibezakan. (sy x punya kuasa untuk tentukan berdosakah 'spesis' itu atas perbuatannya, biar ALLAH sahaja yang tentukan segalanya). 'spesis' itu sanggup menjaja cete orang lain ke sana sini. sanggup merayu pompuan sana sini hanya untuk puaskan nafsu keparatnya. 
masyaALLAH, sungguh durjana 'spesis' ini. nauzubillah. minta dijauhkan sy daripada 'spesis' itu. sungguh tak ku sangka, sikapnya sebegitu rupa. waktu bersama, seakan pijak semut pun tak mati. sering nasihatkan aku untuk melakukan kebaikan. malah sentiasa menerangkan aku soal berkaitan agama. kasihan sungguh keluarganya. bagaimanakah agaknya jika emaknya atau abahnya tahu perangai durjananya itu? tidak terfikirkah dia bahawa perbuatan dia itu sungguh terkutuk? tak tahukah dia perkara yang disukainya itu akan dilaknat ALLAH? ya ALLAH, bantulah 'spesis' itu. bimbinglah dia ke jalan lurusmu. sesungguhnya, aku amat sayangkan dia. aku mahu dia seperti yang ku kenal dulu. semoga suatu hari nanti 'spesis' itu akan tersedar dari keseronokan duniawinya. 
wahai en 'spesis'. sy x mendendami kamu. sy juga xkan membenci kamu. sy cuma harapkan agar ALLAH dapat membalas segala perbuatan kamu terhadap sy juga terhadap pompuan-pompuan yang kamu zalimi. semoga ALLAH membalas segala perselingkuhannya di belakangku. jika kamu telah mendapat balasan setimpal, kamu bermohonlah kemaafan daripada ALLAH. kamu lakukanlah solat taubat seperti waktu kamu ingin mengerjakan umrah dulu. setelah itu, kamu datanglah kepada aku dan kepada pompuan-pompuan yang kamu zalimi. melutut dan merayu untuk kemaafan. suatu ketika dulu kamu pernah merayu dan berlutut kepadaku untuk menerimamu kembali dan aku dengan lembut hati menerimamu. tapi tidak sekarang. itu semua xkan pernah dan mungkin terjadi. alhamdulillah ALLAH berikanku kesedaran dengan cepat. 
sekarang mungkin kamu tengah berbahagia. sentiasa bergelumang dengan dosa. tak takut dilaknat ALLAH. insyaALLAH, sy yakin suatu hari, kamu akan tersedar sebelum terlambat. andai kamu x punya waktu, mungkin ALLAH tidak menyayangimu dan xnak kamu melakukan kebaikan. oleh itu, beringat-ingatlah ketika melakukan dosa. kita tak tahu berapa lama lagi kita akan idup di muka bumi ini. lagipun kamu kena sedar, kamu punya history sakit yang boleh menghampiri kepada kanser. sy bukan ingin menyumpah atau mendoakan kamu mendapat sakit itu. tapi, beringatlah. oklah. sy macam dah malas nak menulis tentang 'spesis' itu. seakan x berkesudahan. huhuhu.. ok. chow dulu la yeh?? =)

p/s: segala apa yang kamu lakukan pada sy, xkan mudah untuk sy lupakan. selagi kamu x merayu dan melutut memohon kemaafan, selagi itu sy xkan memaafkan kamu. sekian

Monday, December 12, 2011

setinggi-tinggi tupai melompat, ke tanah jua akhirnya

hye uollss... arini sy berasa sgt bsyukur dan happy.. alhamdulillah.. terima kasih dd sbb sudi bjumpa akk untuk setelkan a few things.. i dun care what that bitch will say about us.. as long as akk rasa puas dan sgt berterima kasih kat dd.. akk tau ALLAH msh sygkan kte.. sbb tu DIA bg kita kesedaran..
bthun-tahun akk ingat akk yg banyak lakukan kesalahan.. x sangka kesalahan dia pada akk lbh besar jika nak dibandingkan kesalahan akk pd dia.. semoga ALLAH  bantu dia bagaimana ALLAH bantu kita.. kesalahan demi kesalahan dia akk tahu arini.. sungguh licik dia.. selama ni puas dia menuding jari kat akk.. blame akk.. sedangkan dia sdry byk lakukan kesalahan.. akk redha dgn apa yg terjadi.. terima kasih dd utk segalanya.. terima kasih ALLAH sbb cpt sdarkanku.. =)

Sunday, December 11, 2011

Cinta

alt
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka) 

True Love

When 2 people are really in love with each other, They won't ever let go even if it hurts a thousand times or more....

Takkan Pisah- EREN


best lagu ni =)

Saturday, December 10, 2011

Love is when U have seen da best and worst of someone,
and U still love them just da same way..

ya ALLAH, temukan sy dengan lelaki yang sebegini =).. AMINNNN

saya redha =)

hye uollss.. camne ari uollss arini?? ari sy, mcm biase je.. busan yg amat..
i just dunno nape sy perlu punya perasaan yang sangat x best.. berlaku satu perkara yg membuatkan sy terasa begitu sakit hati.. sy cube untuk redha dan kuat sebab sy pun da lalui bermacam-macam dugaan kan?? jadi, insyaALLAH dugaan sekecil ini pun pasti sy mampu untuk hadapinya.. saat sy terpandang gambar kek dan status profile seseorang di BBM dia, sy menangis.. bukan niat untuk menangis tapi air mata ni senang sangat nak turun.. sy tau sume ni berlaku disebabkan sikap dan sifat sy sendiri.. ape yg dilakukan oleh 'orang' itu adalah sebagai balasan sy kerana dulu sy sering menyakiti hatinya.. sy terima.. sebab sy tau mmg sy banyak buat salah dengannya.. apakan daya sy.. sumenya telah terjadi.. nasi pun dah jadi bubur.. begitu banyak dugaan yang diturunkan kepada sy.. ok, sy tak kisah if memang 'orang' itu sedang bahagia bersama teman barunya, perlu ke 'dia' nak tunjukkan rasa happy 'dia'? tidakkah 'dia' tau bahawa sy punya banyak masalah.. perlu ke begini balasan dia terhadap sy?

P/s: kalau pun awk syg sgt kat bebeb awk, x perlu awk nak tunjuk di BBM. bukannya bebeb awk ade BB pun.. dan dia pun x tau.. awk boleh hanya ckp rs hepi awk, rs syg dan cinta awk pd dia dan pada kwn2 awk yg lain yg awk sedang bahagia.. x perlu awk nak buat cmtu.. tapi apa pun, semoga awk puas dgn buat sy camni.. dan terima kasih atas segalanya.. semoga berbahagia..

ya ALLAH sentiasa berikan aku kekuatan..
tunjukkan aku jalan yang lurus..
temukan aku dengan insan yang menyayangi aku setulus hati..
satukan aku dengan insan yang terima baik burukku..
dan dekatkan aku dengan insan yang takkan meninggalkanku walau apapun terjadi..
aku redha dengan sume ujian-MU ini kerana aku yakin segalanya pasti punya hikmah di sebaliknya..
AMINNNN

Happy Birthday Awak!!

juz nak wish Happy birthday kat awak.. ni tahun pertama sy x celebrate bday awak.. tahun pertama kita x celebrate same2.. ape pun, sy tetap doakan semoga awak bahgia bersama org2 yg awak syg and org2 yg syg awak.. semoga awak mendapat keberkatan dan petunjuk dalam kehidupan awak.. semoga awak diberikan iman yang teguh dan tetap.. semoga awak panjang umur dan dijauhi daripada sakit.. semoga awak murah rezeki dan mendapat pekerjaan yg diidamkan.. semoga awak menemukan kebahagiaan idup.. Rasanya xde kata lain yg boleh sy ucapkan.. Sy doakan semoga segala ape yg awak lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari ALLAH.. SELAMAT HARI LAHIR, awak!! ILYNMW ;)


Thursday, December 08, 2011

Yuni Shara - Sepi


okay, skang sy sangat addicted kat lagu ini.. sangat mendalam maksud lagu ini.. lagu ni OST utk filem SEPI.. da bertahun padahal filem tuh, x silap sy da released pada tahun 2008 lagi.. tp, sy baru je dgr lagu ni baru-baru ni kat channel pelangi astro indopek.. terus jatuh cinta.. huhuhu ='( liriknya sgt menyentuh perasaan ='(

kamu buat saya tersenyum sinis

tadi sy ke kluang menemani kak niza iaitu agent insurans sy melawat bekas opismate sy, cip a.k.a talha yg da seminggu menjalani operation. alhamdulillah, nampaknya cip da bertambah sihat.. segar tengok muka cip tadi.. anw, TQ cip sebab sediakan makanan yg sgt lazat utk kami tadi..
cip jaga diri bebaik okeh??? jgn asek suro sy je jgn angkat brg berat, jaga diri.. awk tu pun sakit juge.. bukan sy sorg.. TQ for your concern cip.. =) sy doakan cip cepat2 sihat.. nati bley kita gos-gos lagi berdua di bbm.. ekeke ;p



opssyyy, tajuk post x sesuai dgn isi post.. ahahaha.. ekceli nak cete tentang something.. tadi masa kat kluang, sy ter'lalu'.. maksud 'ter' tu bukan sengaja lalu hokay??!! sy ter'lalu' balai polis kluang.. sy t'igt satu kejadian suatu ketika dulu yg mengheret sy ke balai polis tersebut.. ape yang membuatkan sy tersenyum sinis adalah, apabila sy mencuba utk bring back d memories dengan 'org' yg bersama sy suatu ketika dulu di balai polis tersebut, 'org' tersebut dengan selamba kodok membalas seakan sy xkan ingat kenangan-kenangan lampau.. kalaupun, kamu dah buang jauh-jauh kenangan lama, jangan laa kamu fikir, sy pun begitu.. lagi satu, memang kekadang sy punya short-term memory, tp ade juge yg sy ingat.. ape-ape lah ye?? berfikiran buruk itu lebih baik dari berfikiran baik.. erkkk.. begitu kah??? chow!!!

no ong saya~~

 d numbers mean a lot to me =)

1.12.2010 - 1.12.2011


da setahun ibu pergi meninggalkan sy dan ayah.. x sangka sgt sy masih boleh bertahan hingga ke hari ini.. semasa ibu pergi, sy seperti hilang arah.. separuh nyawa sy telah pergi.. ramai org cakap yg sy sgt tabah dan kuat kerana sy mampu idup berseorangan di rumah ini tanpa ibu juga tanpa ayah.. sy tidaklah sekuat yg org sangka.. siapa yg mampu idup bersendirian tanpa org yg disayangi.. ayah jauh berada di sg. buloh.. lagipun skang ayah sgt bz dgn kerjanya.. setiap minggu akan ke sarawak.. 
bayangkan kehidupan seorang diri tanpa family.. semua kerja x berjalan lancar kerana sy lebih rela menghabiskan diri dengan tidur.. sbb kalau sy berjaga, sy akan berasa sedih dan sy akan sentiasa memikirkan ibu kesayangan sy..
walau ape pun, sy harap ALLAH masih beri sy kekuatan utk terus bernafas di dunia ini.. sy perlu kuat utk sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu di alam sana kerana ibu tiada anak lain selain sy seorang.. 
setahun dah berlalu, wajah ibu, suara ibu, bau ibu, bebelan ibu masih segar di ingatan.. malah masih segar di ingatan sy saat terakhir ibu berbual dgn sy sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. mungkin sy bukan anak ibu yg sempurna.. tp sy bersyukur kerana sehingga akhir hayat ibu, sy masih setia berada di sisinya.. terima kasih ALLAH kerana memberikan sy peluang untuk menjaga ibu kesayangan sy walaupun sy terpaksa melepaskan jawatan sy sebagai seorang jurutera.. sy yakin rezeki ade di mana-mana.. sungguhpun begitu sy masih lagi rasa terkilan.. terkilan kerana ibu tak sempat utk melihat sy menggenggam segulung sarjana.. ibu tak sempat melihat sy berkeluarga.. ibu tak sempat melihat sy menjadi pendidik di mana impian ibu.. hingga saat ini, sy masih terlalu rindu ibu.. sy syg ibu sampai bila-bila.. ya ALLAH, tolong kuatkan rasa cinta ayah terhadap ibu juga.. aminnnn =)

Tuesday, November 29, 2011

Scar sana sini =(

ini ialah tangan kanan sy.. itu hasil cakaran drp kucing kesayangan sy, si GEMOK a.k.a CHICKY.. ='( sy hanya ingin berikan dia makan ubat selesema, cakaran yg sy dapat.. sakit sgt tangan sy.. darah kua dgn sgt byk.. now lukanya da tinggalkan scar yang buatkan tangan sy huduh.. kawan2 sume ingatkan sy didera =(.. adoiiiii kasihannnnnnn

okay, atas ni lah si GEMOK sy.. hmmm.. sib bek laa kakak syg sgt GEMOK.. klu x, mau kakak geget GEMOK sbb tgamak GEMOK cakar kakak ;).. syg GEMOK walau apa pun

Monday, November 28, 2011

Glenn Fredly - Tega


dulu awk pernah beritahu sy yg awk slalu dgr lagu TEGA dari Glenn sebaik sahaja kita bpisah.. malah awk dgrkan lagu itu kepada sy.. waktu itu, sy tidak mendengar dengan jelas bait-bait lirik lagu itu.. kini, setelah beberapa bulan, sy t'ingat akan lagu itu.. sy google dan dgr satu persatu lagu glenn di you tube.. akhirnya, pencarian sy mbuahkan hasil.. sy hayati setiap patah lirik lagu ini.. hati sy sgt sayu.. lirik lagu ini sgt menyentuh hati.. 
awk, sy x pernah berselingkuh.. sy tau awk merindukan sy waktu itu, begitu juga sy.. memang benar sy cinta awk dan sy x pernah menipu awk utk bsama lelaki lain.. awk salah faham.. sy mmg lakukan kesalahan, tp kesalahan yg sy lakukan bkn seperti yg awk rasa.. sy sayang awk sangat2.. maafkan sy di atas apa yg terjadi ini.. 

Tuesday, November 15, 2011

Kenangan adalah sesuatu untuk dikenang

okay, sy tau tajuk post sy agak berbelit, but who cares? sy suka je tajuk tu ;p. actually sy nk cete sket ttg realiti kehidupan yg sering berlaku di sekeliling kita. sy jamin uolls pun pasti ade yg penah alami situasi cmni. sy pun penah alami, begitu juga family dan kawan2 sy.

penah x uolls BERCINTA?? haruslah penah kan? penah x uolls bercinta bagai nak rak, 4-5 tahun, tiba2 hubungan uolls terputus di tgh jalan? padahal time bercinta dulu, kemaen lagi. cam belangkas. di mana ade si dia, di situ pasti ada kamu. malahan, uolls pun rasa yg uolls sgt hepi dan mustahil utk uolls hadapi masalah dalam hubungan. uolls syg si dia, si dia syg uolls. macam2 perkara uolls buat bersama. dari sekecik-kecik perkara such as, korek hidung atau kentut depan pasangan atau p bercuti bersama. sume perkara tu merupakan pemanis dalam hubungan uolls. btol x?

bila hubungan uolls berakhir, bape ramai yg antara uolls yg berkawan dengan EX uolls tu? secara jujur, bagi sy, selagi kita masih simpan sedikit harapan utk kembali bersama, ataupun sekiranya syg kita masih berbaki utk EX kita tu, pasti kita xkan boleh berkawan dgn dia. btol x? unless if kita mmg da lupakan sumenya. xde letakkan harapan, tiada lagi rasa kasih, syg dan cinta. pasti ramai antara uolls yg da la x berkawan, malah menjadi musuh pula. saling benci sesama sendiri. sedangkan masa bercinta, cinta setulus hati. begitu sekejap perasaan itu berubah. btol x?

sy penah terbaca satu artikel. agak menarik artikel itu. dalam artikel tu tertulis bahawa jika kita masih belum ready utk move on, jika hati kita masih syg kekasih lama, jika ingatan kita masih pada yg lama, jika kita masih x ready utk memulakan hubungan baru dan jika kita x sanggup melulapakan kekasih lama, ALLAH xkan temukan kita dengan jodoh kita. ALLAH tau jika kita ikhlas utk memulakan hubungan baru kerana ALLAH itu maha mengetahui. btol x? so, utk memulakan hubungan baru, utk memastikan jodoh uolls dtg, uolls perlulah bersedia utk melupakan yg lama, memaafkan segala kesilapannya dan memandang ke hadapan. jika uolls masih gagal utk lakukan perkara camtu, uolls susah utk bertemu dgn orang baru. percayalah sebab sy sendiri alami situasi camni. sy penah rasa bahawa sy da mula menyukai seseorang yg baru, tapi, fikiran dan rasa syg sy masih lagi pada yang lama. jadi, hubungan dengan yg baru x ke mana. kekal hanya sebagai seorang kawan.

kalaupun uolls bernasib baik, masih rindu EX uolls and at d same time, uolls berjumpa jodoh uolls. uolls ditakdirkan berkahwin, tidak mustahil uolls akan masih merindui EX uolls sungguhpun uolls hidup bahagia dengan pasangan uolls. sume ini berlaku kekadang tanpa sedar. sume ini perasaan dan rasa hati kita. complicated bukan hidup ini? utk menjadikannya tidak sesukar yg dirasakan, belajarlah utk menerima kenyataan yg si dia bukan lagi milik kita, bahagia si dia bukan bersama kita dan maafkanlah salah silap si dia. sy juga sedang berusaha utk ke arah itu. walaupun si dia tiada salah pada sy, tp sy tetap sedih dan kecewa kerana si dia meninggalkan sy. lebih2 lagi saat sy amat perlukan dia. saat sy kehilangan separuh nyawa sy iaitu ibu. saat sy inginkan kekuatan darinya. itu sume bukan salah dia sebab perkara ini terjadi disebabkan sy. ape pun, sume ini membuatkan sy menjadi kuat.

kenangan yg pernah dilalui bersama EX uolls x harus uolls buang. sebab bukankah kenangan itu dicipta utk kita kenang? malah kenangan juga dpt buatkan uolls lebih matang. kay lah. penat menaip. nati update lain eh? bai =)

Torch 9810 akhirnya milikku =)

TQ so much ayah sbb gantikan hp kita yg hilang. walaupun bb curve lama sy punya seribu satu kenangan dan ia merupakan pemberian dari seorang yg sy sayangi, tp ape nak buat. dah nasib badan, hp itu bukan rezeki sy utk selamanya. alhamdulillah, ayah sudi gantikan dengan bb torch 9810. actually before sy decide utk amek hp ni, sy byk p survey hp di kedai2 hp bsama bff sy, along. kata org, samsung galaxy SII, W, Plus, Tab 7.0 merupakan android yg bagus. tp, bila belek2 hp2 tu, sikit pun ati sy x tertawan. mungkin sy bukan peminat gadget. dan org kesayangan dulu memperkenalkan sy dgn kehebatan bb. jadi, spai skang, hati sy masih pd bb. begitu juga jika sy bcinta. sejauh mane sy pergi. dengan siapa sy berkawan. akhirnya, sy akan kembali pd yg sy cinta. pasti kembali pd kasih lama. erkkkk... x pasal2 laa pulak.. ahahaha ;p kay, back to cete ttg phone. ati sedikit tergugat bila tengok galaxy note. tp, bila da tertarik, stok kat digi lak da abes. kena tunggu dalam 2 minggu utk dptkan stok. sy ni da laa x sabar orgnya, ditambah lak majoriti bffs sy menggunakan bb, jd, sy decide utk beli bb semula. galaxy note perlu dilupakan. xpe, nati ade rezeki, mmg sy nak beli galaxy tab 10 utk buat maen game. kalau ibu ade, mesti ibu suke if dapat galaxy tab 10. mesti 24 jam dia akan maen game. mesti if ibu idup lagi, kalau kene buat kemoterapi, dia mesti akan bawak galaxy tab bersama utk hilangkan bosan. ibu sy seorang yg kaki computer game. ok. aini da stat melalut. maklum ah jam da nak pukul 2 pagi kot. of coz laa ckp pun da meleweng. ok la. better sy tido dulu. ape pun sy hepi dgn pemberian ayah. sy suka dengan bb torch 9810 sy =). TERIMA KASIH AYAH!!

credit to mr google di atas pic hp baru sy ni. nati len kali klu rajin, sy upload pic hp sy yg da lengkap dgn eksesori spt casing pink.. hehehe.. cute uolls =)


p/s: sy SAYANG sgt kat ayah, family, bffs, cinta hati, kwn2 sy. sy perlukan uolls sebagai kekuatan sy. =)

No bertuah juga No feberet


kat atas ni no feberet juga no bertuah sy..
actually da beberapa kali sy dapat turn yg bernombor 1012..
setiap kali itu juga sy akan simpan..
pasti uolls rs ianya satu yg kelakar kan??
sy sgt hepi setiap kali sy dpt no 1012..
x kira laa if kat bank2 atau kat digi centre atau pejabat pos sekalipun..
no itu punya maksud yg sgt mendalam..
ade cerita di sebalik no itu yang hanya dpt disimpan dalam hati..


Friday, November 11, 2011

i lost my blackberry!!

aduiiii.. hanya ALLAH je tau ape sy rs.. sedih sgt hoccay dgn kehilangan henpon kesayangan.. sebab henpon tu pemberian org yg sy cinta, sayang dan kasih.. henpon tu merupakan birthday gift sy utk tahun 2010.. maksudnya da dekat 2 tahun henpon tu berbakti pada sy.. sedih dan pilu sgt rasa hati.. kenangan yg patot sy jaga, telah hilang.. kalau lah henpon tu sy yg beli sendiri, mungkin sy xkan sesedih ini.. ms tido last nite pun termimpi2 henpon kesayangan sy tu..
awak, sori sgt2 sebab tak dapat jaga dgn baik henpon pemberian awak.. semalam baru je berbual dgn Yu ttg henpon ni punya kenangan tersendiri.. ya ALLAH, byk btol la dugaan sy.. sy kena kuat.. maafkan sy kay?? ='(

Sunday, November 06, 2011

happy eiduladha to my dearest ibu, family and friends :)

Msh segar di ingatan. Raya qurban tahun lepas, family ibu bkumpul di umah ayah di sg buloh utk ber'bbq' beramai2. Waktu tu ibu kelihatan sgt happy. Ibu tsenyum sepanjang malam walaupun raut wajah ibu kelihatan seakan letih. Ibu kerap duduk di meja makan di dapur umah ayah utk bbual bsama2 adik beradiknya, juga anak2 buah serta cucu2 sdara. Bila penat, ibu akan berbaring di dlm bilik ayah.

Tahun ni, 1st time raya qurban disambut tanpa ibu. Tiada lg perayaan di kampung halaman, batu pahat. Kali ini, raya di sambut di bandaraya kuala lumpur bsama family ayah pula. Sepanjang hari diri kelihatan muram hinggakan maktok bertanya kenapa dengan sy. Sy hanya diam tanpa menjawab soalan maktok. Yg sebetulnya, sy t'amat rindu ibu kesayangan sy. Ya ALLAH, sungguh berat dugaan ini. KAU ambil nyawa insan kesayanganku. KAU bawa pergi separuh nyawaku. Hidupku kini seakan tiada maknanya lagi. Harapanku hanya dpt mengikuti nyawaku itu pergi. Bersama ke dunia yg abadi.

Tadi masa ingin mjerang air utk maktok di dapo umah ayah, air mata berjuaraian kerana terbayang wajah ibu. Senyuman ibu. Gelak tawa ibu. Ohhh sungguh rindu hati ini pada ibu.

Ibu, kita terlalu rindukan ibu. Kita harapkan segera kita dpt btemu ibu. Kita cintakan ibu sgt2. Kita syg ibu. Kasihkan ibu. Perlukan ibu sgt2 dlm hidup kita. Semua yg kita lakukan hanya utk ibu. Kini, semuanya seakan ✗ bmakna. Kita seakan ingin bhenti belajar dan bekerja sbg engineer smula. Kebetulan bos lama dpt byk projek. Jd, perlukan engineer. Dia minta kita anta smula cv kita padanya. Kita buntu ibu. Teruskan pengajian yg hanya tinggal 2bulan lbh ini, atau jadi engineer semula?

Salam aidiladha terutama utk ibu kesayangan, kaum keluarga serta sahabat handai. Semoga raya qurban kali ini lbh bmakna utk kalian tidak seperti sy =(

Monday, October 31, 2011

I'm ok

dear families and friends,
kalau ade antara kalian yg terbukak or terbaca blog ini, diharap dpt sampaikan kepada yg lain.

tak terlintas di hati kecil ni utk buat uolls risau tentang diri ini, demi ALLAH bukan niat utk lari dari masalah yg menimpa, cuma sy perlukan sedikit masa utk menyendiri. tak perlu risaukan keadaan diri ini, semuanya ok. diri pun da cukup besar dan matang utk berhadapan dgn dunia. insyaALLAH, im gonna be fine. jgn terlalu mendesak kerana ketiadaan diri bukan utk menyusahkan sesiapa, tapi lebih kepada ingin menyendiri dan menenangkan hati sendiri. insyaALLAH, kalau diri dah cukup kuat utk berhadapan dgn semua, sy akan kembali ke rumah seperti biasa. diharap semua ok dan tak perlu bimbang. sy sayang semua yg syg sy. sy xkan buat benda yg bukan2. no worries =)

dear adik sedara, ika
tlg belajar rajin2. jgn jadikan alasan yg kamu x berminat utk meneruskan pengajian kamu. ingatlah dik, tujuan kamu ingin menjadi doctor adalah sebab ingin mengubah kehidupan family kita. we have to fight against CANCER!! penyakit ni dah banyak membunuh ahli keluarga kita. arwah Mak Icom, Atok Bi, Ibu dan yg terbaru Mak Gee. kak sedara yakin adik sedara boleh membantu family kita. tak lame je lagi dik kamu bakal membawa gelaran DOCTOR. kamu kena buat family kita bangga.

kak sedara sedih bila kamu menangis masa call kak sedara. bukan kak sedara xmo buat check up/ scan, tp dik, kak sedara mmg berharap dpt jumpa ibu. itu doa kak sedara. walaupun kak sedara tau perkara tu berdosa, tapi kak sedara dah xde sape2 lagi dik. i just need IBU in my life. jgn menangis ye dik. kak sedara tau kamu akan setia menjaga kak sedara kalau kak sedara sakit. terima kasih sebab sanggup menjaga kak sedara. walaupun kamu hanya berjanji begitu, dah cukup buat kak sedara happy. doakan yg kak sedara sebenarnya xde ape2, ok? kak sedara janji one day kak sedara akan buat juga check up. but, not now.

kamu jgn risaukan kak sedara k? doakan kak sedara sehat seperti biasa. kak sedara pun xmo susahkan sume org. kamu jgn lah nangis2 lagi k? focus pada study k? kena jd specialist tau! jgn jd doctor biasa. nati kak sedara bawak kamu jln2 and kita p makan2 makanan sedap2 k? jgn pk2 sgt ttg kak sedara. kak sedara ok. xde sakit ape2. kak sedara sehat walafiat, insyaALLAH. kak sedara syg sgt kamu mcm adik kak sedara sendiri. TC dik =)

Friday, October 21, 2011

Selena Gomez & The Scene - Love You Like A Love Song

I Love U Like A Love Song!!!


Real Steel is simply amazingggg!!


what can I say about this film?? I was enjoy watching this film.. REAL STEEL featuring Hugh Jackman and Dakota Goyo is not just a kids' film. it was simply amazing.. its strong performances make my heart beats faster. (ahaha, lelebih sgt dah tu ;p) seriously sume character dalam filem ini sangat menjiwai watak especially Charlie Kenton (Hugh Jackman) dan Max Kenton (Dakota Goyo). the film is about the robot fighting which replaced human boxers in the near future. xmo cete byk2.. go and watch it yourself.. then U know laa I x tipu uollss.. anw, if ade sape2 yg rasa nak tgk tu, if xde kawan, ajak laa I yeh?? I ok je if tgk lg sebab I suka sgt dgn kegagahan Charlie dan kekiutan Max =). really worth watching d film!! two thumbs up for Real Steel. I bagi 9 out of 10.. kira okay laa tu ye x??

okay, kat bawah ni ade beberapa pics yg i amek dari mr google. so, credit to mr google =)..


Reel Steel, Hugh Jackman, Dakota Goyo
world championship.. Zeus (undefeated robot) vs Atom (Max junkyard robot)

Atom training session with Charlie




Wednesday, October 19, 2011

cinta setulus hati

keep me

stronger.braver.wiser

i am strong!!

dinner for today


this is my dinner for today. i dun have appetite tonight. luckily masa bekpes tadi da makan byk. i ate nasi lemak + ayam + telur + roti canai kosong. but roti canai sy share dgn teman rapat sy, yu. hamek ko sy makan sebegitu byk. tebus blk sebab semalam seharian x makan. hanya makan sesuap fettucine alfredo yg dimasak. dulu ade seseorang yg kenalkan sy dgn makanan dinner sy utk arini. dia juga yg rajin belikan sy this kind of thing sbb dia tau sy mmg suka benda2 macam ni e.g choc and ice cream of coz =). ini juga boleh dijadikan kenangan bersama bukan?? ok bai!

terima kasih =)


TERIMA KASIH SUME ATAS SUMBANGAN KALIAN =)

melupakan adalah lebih baik~~


proses utk melupakan sdg sgt giat dijalankan. sy punya cara tsendiri utk melupakan. walaupun cara itu lebih kepada menyakitkan hati sendiri. tp, hanya dgn bbuat begitu sy mampu melupakan. seorang teman rapat sy, yu ada menanyakan adekah btol sy yakin utk melupakan? jwb sy, ringkas. insyaALLAH, sy perlu melupakan dan harap proses ini dipermudahkan oleh Yang Maha Esa =). Amin. walau cmne pun kenangan tetap tsimpan rapi. ape pun proses melupakan perlu diteruskan utk kebahagiaan diri juga kebahagiaan org sekeliling. semoga sy kuat utk teruskan perjuangan ini. dgn cara sy ini seakan mudah utk sy melupakan. aja aja fighting aini!!!! ramai juga org like bila sy update status fb utk menjalani proses melupakan ini. terima kasih kawan2 yg like tu. sy tau uolls sokong sy =). mari kita melupakan dan mulakan hidup baru yg mungkin akan lebih indah. kita tinggalkan kenangan lama di belakang. kita cipta kenangan baru yg lebih bmakna. jom kawan2 sekalian =). chaiyooo aini. kamu pasti boleh lakukan!! ok. spai cni je laa coretan sy. nati update lain kay? sy syg kamu walaupun proses utk melupakan dijalankan. terima kasih utk segala kenangan. (",)



P/S: 
for everything i did, i am really SORRY..

terima kasih Cu Linda


okay.. kat atas ni status fb dari makcik kesayangan sy.. 
adik bongsu ayah..
terharu sgt bila Cu post status mcm tu..
Rosidah Mohamed tu pun adik ayah juga..
sume makcik kesayangan sy menjadi sumber kekuatan sy utk perjuangkan kebahagiaan sy..
TQVM Cu dan Acik..
terima kasih kerana masih merindui ibu =)..
kita sgt2 hargai..

setiap kali kita p umah mak pun, mak akan bercerita ttg ibu..
dan setiap kali mak bercerita, mak akan menangis..
ayah xkan dapat mencari pengganti seperti ibu..
ibu terlalu sempurna utk ayah..
ibu sgt penyabar dan taat pada ayah..
ayah patut bersyukur dikurniakan isteri macam ibu..
semoga ayah x pernah lupa pengorbanan ibu selama hayatnya..
semoga ayah sentiasa merindui ibu..

al-Fatihah utk ibu dan abah~~

adoiiii sakit kepala!!

x spai seploh minit dok p bagi kucing2 makan ubat..
sy sdry tiba2 diserang sakit kepala spai bpeluh2 jadinya menahan..
adoiiii.. nape ni??
tapi, boleh lak update belog ek??
ya ALLAH sakitnyaaa tlampau laa...
bak kata kawan sy banyak sgt pk.. 
tp, tim x pk pun sakit gak kepala ni..
mudah2an xde ape laa kan??
nak rehat.. x larat nak tulis panjang2.. 
daaa~~

cinta tak seharusnya dimiliki??

hye uollss.. hows ur day?? hope sume hepi dan ceria2 je =)
sy ade soalan nak diaju utk arini??
pernah x org kesayangan uolls ckp kt uolls yg dia syg org laen??
ape eh rasanya bila uolls dpt tau??
mesti sgt sakit kan??
camne cara uolls atasi rasa sakit tu yeh??
adekah dgn menangis sepanjang ari??
tido sepanjang ari??

tapi kan, sy sgt salute pada org yg boleh accept benda2 mcm ni..
sebab sudah tentunya dia, org yg sgt kuat kan??
bukan mudah nak jadi kuat camtu..
kan bagus kalau kita pun boleh jadi kuat camtu..
kalaulah org kesayangan sy ckp yg dia syg org laen, pastinya sy akan rs sgt sakit..
x kira laa if org kesayangan tu EX kita atau ape..

 positive sidenya, kita boleh mencuba utk melupakan org kesayangan kita..
betul tak?? kalau org kesayangan kita x jujur dgn kita, nanti kita akan berharap pd benda yg x pasti pulak..
jadi, ade baiknya hal itu diberitahu..
walaupun pahit utk kita terima, tp kita harus hadapinya dgn tabah dan sabar..
org kesayangan kita syg org lain pasti sbb kita x sempurna dan cukup utk dia..
pasti banyak sgt kesalahan dan kesilapan kita terhadapnya..
pasti terlalu byk kelemahan kita yg x sanggup diterimanya..
x salah kan kalau dia mencari kebahagiaan utk diri dia sendiri??
x salahkan kalau dia syg org yg lebih baik dan sempurna dari kita..
kekadang dalam idup pun kena jadi selfish, btol x? =)

sy mungkin boleh tulis mcm ni..
tp, if sy yg hadapi situasi mcm ni, sy rs sy x sanggup..
sy pandai dalam bab nasihatkan org..
tp, utk diri sendiri, sy gagal..

kalaulah org kesayangan sy beritahu sy dia syg org lain..
sy rs pasti ati sy akan sgt sakit..
pasti sgt pahit utk ditelan..
pasti sgt sukar utk sy hadapi..

tapi kan, org kesayangan sy tu syg org lain mesti sbb kekurangan sy kan??
jadi slh dia ke atau slh sy??
mestilah dia nak yg tbaik dlm idup dia??
pastilah dia mencari bahagia dgn org kesayangannya..
yg pasti mestilah org kesayangannya bukan sy lg ye tak??
jadi, haruslah terima dgn sabar dan tabah..

kalau sy diuji begini, sy harap sy kuat utk hadapinya..
sebab sume yg blaku ade hikmah..
ape yg tjadi punya maksud tsendiri..
segalanya berlaku mungkin utk menyedarkan diri dan mematangkan fikiran..
sy akan cuba redha dalam kesedihan..
bagi sy, xde guna kita memaksa org utk menyayangi kita jika dia mmg lgsg da x syg kat kita..
cinta itu bukan paksaan kan??
walaupun sy x setuju dgn pernyataan "cinta x semestinya memiliki", tp sy harus terima pernyataan ini..
walaupun sy cinta org kesayangan sy, x semestinya sy perlu memilikinya..
x mungkin sy memilikinya kalau dia da xde rs syg dan cinta terhadap sy..
baiklah kita belajar utk redha kan??

ya ALLAH,
jauhkan lah aku dr menghadapi situasi begini..
sebab aku x kuat utk hadapi hal begini sendirian..
dah terlalu byk ujian KAU turunkan dalam idupku..
aku bsyukur, ya ALLAH sebab aku yakin sume ujian ini menunjukkan KAU syg kepadaku..
KAU ingin menyedarkanku..
tabahkanlah dan kuatkanlah hatiku utk menempuhi ranjau di dunia ini..
AMIN...



Monday, October 17, 2011

i love cats

hye olls...
happy monday!!
adoiiii, arini plan nak bawak kucing2 ke klinik..
semalam 2 ekor kucing sy mati..
hanya sebab flu..
ntah nape tibe2 sume kucing kena flu..
mungkin sebab cuaca yg x menentu skang ni..
kesian sgt kucing2 sy..
nak get ready p bawak yg lain amek jab utk sehat..
doakan kucing2 sy sehat walafiat eh??
diorang je laa peneman sy di kala sunyi..
chewaahhh ;)
sy siap2 dlu, anything will update later =)

Sunday, October 16, 2011

kepada kaum ADAM

wahai kaum ADAM..
jika benar kau kasih dan cintakan seorang HAWA itu..
bawalah dia ke jalan ALLAH..
nasihatilah dia, perbetulkan kesilapannya..
jagalah dia dengan baik..
kasihanilah dia..
lindungilah dia..
berilah kasih sayang padanya..
hargailah dia..
ucapkan terima kasih atas kelebihannya..
bersabar dengannya..
terimalah dan cintailah kekurangannya..
jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya..

pada kaum HAWA yang masih belum jumpa kaum ADAM yang sanggup membimbing tue..
diharap berdoa dan bersabarlah..
insyaALLAH, pasti ditemukan dengan yang sesuai..
yang terima baik buruk dan lebih kurang kita..
gud luck =)..

jangan paksa

jgn paksa diri ini menerima..
jgn paksa diri ini berkawan..
jgn paksa diri ini melakukan kebaikan..
jgn paksa diri ini melupakan ape yg tjadi..
jgn paksa diri ini menjadi yg terbaik..
jgn paksa diri ini memaafkan..
jgn paksa diri ini melupakan..

setiap yg terjadi, x mungkin dilupakan..
maaf x pernah diminta..
walau ati telah memaafkan tapi tidak seikhlasnya..
kisah itu masih melukai ati..
bukan salah diri ini..
jd, mengapa diri yg perlu berbaik, melupakan dan memaafkan..
kalau kamu tidak memahami dan mengerti..
jgn paksa diri melakukan sume itu..

diri punya ramai lagi kawan yg memahami..
diri x perlu kawan yg menyesakkan..
diri x pernah melakukan kesilapan kenapa diri yg perlu melakukan kebaikan??
sungguh x dimengerti..
ikutlah ape kamu ingin lakukan..
kamu sahaja yg berkawan dgn mereka kerana diri xnak kawan yg sebegitu rupa..
diri faham kamu x boleh melepaskan 'dia' sebagai kawan kerana kamu syg dia..
pergi sahaja dan jgn melibatkan diri..
terima kasih =)

rasa ati

rasa ati sgt x keruan..
xtau nak diluah kat sape..
xnak luah kat maktok sbb xnak maktok risau..
apatah lg diluah kat makcik pakcik sgtlah mustahil..

hanya bharap ape yg dirasai itu tidak benar..
jika ianya betul, akan nekad utk lakukan sesuatu yg di luar jangka..
semoga ibu menyebelahi anak manjanya ini..

sume org boleh beri pendapat..
tp, cbe sume org itu duduk di tempat ini..
apekah rs dan bagaimanakah keadaan sume org itu??
ckp memang sng..
terima, biarkan, restui..
kalau x memahami, jgn sekali2 beri pendapat..
bukan harta yg ditamakkan..
tp bahagia yg diharapkan..

x perlukan pendapat sume org..
kerana diri telah dikenali dgn keras kepala, keras ati, kurang ajar..
katalah ape pun..
sume dilakukan utk pastikan kebahagiaan sendiri..
bukan kebahagiaan sume org..

kepada sume org yg x memahami..
tlg jgn beri pendapat lg..
diri x minta sume org beri pendapat..
sebab diri ingin hadapi sendiri..
sume org xkan pernah memahami..
rasa ati diri ini..
ape pun diri mengucapkan terima kasih dgn pendapat yg diberi..
wassalam

Saturday, October 15, 2011

janjiku~~

demi ALLAH..
jika sy ditipu, sy akan cube utk menjauhkan diri..
sy akan cube lari jauh hingga xkan ade siapa yg tau sy di mana..
berani2lah cube utk menipu sy..
itu janji sy pd diri sy sendiri..
semoga ibu sentiasa berada di samping sy..
i DONT NEED someone else..
i JUST NEED ibu..
it is more than enough =)

doa putus cinta


semoga doa ini dpt membantu uolls yg putus cinta itu supaya dapat move on dan teruskan kehidupan dgn baik..
sume yg tjadi ni kan ade hikmah..
kalau si 'DIA' da xmo kita..
ckp kita macam2..
x suka sikap dan sifat kita..
xpe.. biarkan aje.. sebab, ALLAH pasti akan temukan seseorang yg boleh terima baik dan buruk kita, insyaALLAH..

buang segala kata2 manis dan janji2 manis saat bercinta dgn si 'DIA' dulu..
mungkin agak susah, tapi harus btekad..
pasti dulu si 'DIA' bjanji xkan pernah meninggalkan uolls walau apa pun tjadi..
pasti si 'DIA' selalu ckp yg si 'DIA' sgt sygkan uolls..
semua itu hanya akan dilafazkan ketika syg msh ada..
semua itu hanya ucapan dan bukan janji setia..
jadi, jgn menoleh ke belakang lagi..
biarkan si 'DIA' dgn org baru yg mungkin lebih baik, cantik dan sempurna dari kita..
doakan saje mereka bahagia..
nanti ALLAH pasti akan temukan kita dgn org yg betul2 menyayangi dan mencintai kita seadanya..
akan tetap syg dan cinta walau banyak buruk dari baiknya..
insyaALLAH..
CHAIYOOOOOK!!!

Samsons-Kenangan Terindah


this is my ibu's fav song..
ibu start suka lagu ni since dia mengikuti sinetron INTAN di astro PRIMA..
obsesnya ibu pada lagu ini hinggakan pernah sekali sy tukarkan ringtone hp ibu drp lagu ini kepada lagu lain, ibu meminta sy menukarkan kembali ringtone hpnya kepada lagu ini semula..
dan sekiranya di TV memainkan VC lagu ini, ibu akan menghalang sy utk menukar siaran lain..
comel kan ibu sy??
rindunyaaaaa kat ibu ='(

utk kamu,
walaupun apa yg tjadi ini mungkin atas sbb slh faham dan sikap sy thadap awk..
sy hrp semuanya akan blalu dan berakhir dan segala maaf diberi dgn ikhlas..
agar kita dpt seperti dulu..

utk uollss...
enjoy dengar lagu ni kay!!
i LOVE uollss =)
daa~~

terkesan dalam hati

walau ia mungkin bukan satu ungkitan..
tapi, hingga kini, perkara itu masih bermain di fikiran..
ia meninggalkan kesan di dalam hati..
mengguris sedikit perasaan dan menambahkan rasa sedih yg ada..
mungkin dilafazkan dr mulut 'ORG' yg pernah claim memahami diri ini..
xnak berprasangka buruk kerana kebaikan lebih banyak berbanding keburukan..
banyak lagi ucapan terima kasih yg x terucap..
katalah apa pun yg nak dikata kerana ALLAH pasti tau segalanya..
x perlukan diri difahami kerana yakin org yg memahami diri ini adalah org yg betul2 menyayangi seperti ayah dan maktok =)..
dan mungkin ALLAH akan temukan dgn 'ORG' yg betul2 memahami diri dan boleh terima segala kekurangan diri ini, insyaALLAH
 semoga diri kuat menghadapi perkara2 yg x terjangka seperti ini..
harap perasaan x selesa ini will fade away..
Aminnnn 

apa itu kawan?


apa erti kawan??
please sum1 define it for me..
sy punya 6 bffs yg sy syg..
sy juga punya ramai close friends..
sy ada ramai kawan2 dari zaman sekolah, poly dan U..
kebanyakan kawan biasa ni, hanya atas nama kawan..
saat sedih selalunya mereka xkan ada sebab mereka bukan sahabat utk kita share segala ups n downs kita..

pilihlah kawan yg baik.. bukan kawan yg membuat kita sedih..
pilihlah kawan yg memahami kita.. bukan yg punya prasangka buruk terhadap kita..
pilihlah kawan yg syg kita.. bukan yg menyimpan dendam pada kita..
pilihlah kawan yg ikhlas.. bukan yg dengki pada kita..
pilihlah kawan yg sentiasa mengingati kita saat senang dan susah.. bukan yg mengingati kita saat senang saje..
pilihlah kawan yg xde rasa ragu.. bukan yg meragui kita dlm setiap perkara yg kita lakukan..
kawan seharusnya boleh membantu meringankan kekusutan.. bukan menambah lagi kekusutan..
kawan seharusnya dpt membantu melupakan kesedihan.. bukan semakin menambah sedih dan luka yg ada..

terima kasih ALLAH kerana anugerahkan sy bffs, close frens dan beberapa org kawan biasa yg amat memahami sy.. mereka sumber kekuatan sy.. sy SAYANG mereka sgt =)