Saturday, April 30, 2011

Imdad yang shomels~~



hi guys!!
lame nyee laa i x update diz blog kan??
exams week laa katakan..
so bz men'study'kan diri laa..
ahaha study laa sangat aini.. *sigh*

rindu laaa sy kat kamu mr blog..
da lame x manja2 jadik da ilang idea nak tulis ape ;p..
semalam masa dinner dengan my bff along and nor..
i terjumpa one of my close fren, zura..
dia punya son sangat shomellss i tell u..
Imdad nama dia..
nice name kan??
tengok kat bawah tu..
emsem n shomels kan??
gerammm sangat kat dia..
gebu gitu ;p



emsem kan dia?? yang sebelah dia tu pun cantek ;p *puke*



imdad, aunty aini da macam ter'rindu' laa kat imdad..
camne eh??
umi imdad bz jek..
aunty ajak kua slalu pending *sad* =(
nati if umi free..
kita dating okeh imdad darling?? ahaha =D *sila muntah beramai-ramai if geli dgn my statement*

cukup kot entry untuk boyfren baruku itu..
kang tulis lelebih takut umi dia marah laks ;p..
ahaha..
ampun zura.. love u dear *hugs n kisses*


Thursday, April 21, 2011

hati seorang wanita..




andainya lelaki tahu dalam hati seorang wanita..
ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu untuk ditemani kesedihannya..

andainya lelaki tahu rajuk seorang wanita minta dipujuk..
marah seorang wanita perlu didekati..
sedih seorang wanita harus didengari..
gembira seorang wanita ingin dikongsi..

andainya lelaki tahu..
di sebalik seribu satu rasa itu..
ada sekeping hati nan lembut..
bukan untuk dimanjai..
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yg penuh..
hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terasa wujud walau di saat jauh..

kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya..
pada diri seorang wanita..
wujudkah cinta itu di hati lelaki??
bila di saat jauh tanpa perkhabaran..

sayangilah seseorang itu atas dasar ape dirinya sekarang..
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini..
cintailah seseorang itu kerana hatinya..
bukan paras rupanya semata-mata..
kasihilah seseorang itu kerana keikhlasannya..
bukan kerana apa yang dimilikinya..




................................................sekian ;)

Wednesday, April 20, 2011

Tips Dapat Jodoh~~~



berminat kan dengan tajuk post sy tu??
mesti sape yg masih single tu teruja nak baca apa kandungan post sy ni kan??
hehehe...
so let's read and enjoice guys..

pernah x dalam fikiran uolls kua persoalan cam di bawah ni...
"ishkk napa laa aku x kawen2 lagi ni??"
"xde sape ke yg nak kat aku eh??"
"jahat ke aku ni??"
"bilalah jodoh aku nak spai ni??"
"bercinta bagai nak rak.. jodoh xde jugak dgn dia??"

ataupun..
pernah x org sekeliling uolls tanya soalan cepumas cam kat bawah ni..
"bila laa dapat merasa makan nasi minyak awak agaknya"
"bila nak anta kad jemputan ni?"
"jangan lupa jemput ke majlis kamu ye"

hmmm...
sy yakin pada mereka yg usia da agak lanjut cam sy ni selalu diajukan dengan soalan yg cmtu..
btol x??
itulah lumrah kehidupan..
bukan xmo kawen..
tp, kawen ni bukan perkara mudah yg boleh di buat main2 je..
kawen bukan untuk setahun dua..
tapi selama kita bernyawa, kita akan hidup bersama dengan pasangan kita..
lagipun pada zaman serba moden ni..
ramai je wanita yang tamatkan zaman bujang mereka di waktu usia meningkat..
zaman skang bukan macam zaman dulu..
family boleh carikan pasangan untuk kita..
zaman skang, kita lagi prefer untuk cari jodoh kita sendiri unless kita da pnat untuk berbuat begitu barulah kita akan serahkan hal ini pada family..
apa pun orang nak kata..
sy yakin, insyaALLAH setiap insan di dunia ini punya pasangannya masing2..

sesungguhnya urusan jodoh itu bukankah ketetapan dari ALLAH s.w.t??
kita sebagai hambaNya tidak akan berdaya untuk menetapkan jodoh kita sendiri..
namun, kita bisa merayu dan memohon pertolongan ALLAH s.w.t supaya mempertemukan jodoh yg baik untuk kita..
seperti firman ALLAH di dalam surah an-Nur ayat 26 yg bermaksud:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik...."


itulah janji ALLAH s.w.t kepada kita..
jadi, kita termasuk di golongan yg mana eh??
yg baik ataupun yg keji??
renung-renungkanlah ye uollss?? :p

okeh.. seperti tajuk post sy td..
kat bawah ni ada disenaraikan beberapa tips untuk dapatkan jodoh sebagai amalan uollss..
pilihlah mana2 satu amalan yg uolls suka or uolls boleh buat sume if uolls larat okeh??

1. Membaca surah Yassin setiap malam
dalam satu hadis nabi dalam surah Yassin ada 10 keberkatan satu daripadanya ialah pada siapa yg belum bertemu jodoh maka insyaALLAH akan dipertemukan dengan jodohnya. baca setiap malam dengan kerap dan niatkan supaya ALLAH s.w.t segerakan jodoh yang baik dan beriman untuk kita.

2. Membaca surah al-Fatihah berulang-ulang kali
niatkan supaya ALLAH s.w.t segerakan jodoh. terdapat dalam hadis yg mana surah ini juga ada keberkatan dalam mendapatkan jodoh.

3. Melakukan solat hajat selama 3 hari berturut-turut.

4. Sentiasa berdoa selepas solat wajib 5 waktu.

5. Melakukan solat Tahajjud ketika terbangun waktu tengah malam.

6. Betulkan niat berkahwin kerana ALLAH s.w.t seperti untuk selamatkan diri dari maksiat, untuk mendapatkan zuriat dan seumpamanya.


insyaALLAH, jika uolls amalkan tips di atas dengan hati yg bersih dan ikhlas, apa jua hajat uolls akan dimakbulkan ALLAH s.w.t..
semoga ALLAH s.w.t memberikan jodoh yg baik untuk sy juga untuk uolss.. insyaALLAH..
renung-renungkan dan selamat beramal!!!
aja aja fighting!! :p




Tuesday, April 19, 2011

.....andai lelaki tahu......





Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta..
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya..
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata..
itu bukan bermakna dia lemah..
tetapi dia sedang mencari kekuatan..
untuk terus tabah menyintai lelaki itu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah..
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya..
tapi percayalah, itulah maknanya..
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh..
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang..
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak..
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas..
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah..
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya..
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik..
bukan untuk dirinya..
tetapi untuk masa depan anda..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda..
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda..
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya..
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi..
Naluri keibuannya sangat kuat..
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk..
jangan kata dia mengada-ngada..
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit..
atau hadiah sedozen..
tetapi cukup dengan perhatian..
yang boleh buat dia rasa dihargai..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’..
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai..
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya..
bukan hanya hadir dari kata-kata..
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu..
dia benar-benar maksudkannya..
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu..
jangan percaya kata-katanya..
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya..
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya..
Selagi dia dengan kamu, percayalah..
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya..
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil..
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil..
tapi dia mahu melihat..
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut..
Andai kena caranya..
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata..
“tolong tinggalkan saya!”..
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya..
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja..
Apabila dia kembali tenang..
percayalah dia akan mencari anda semula..
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda..
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan..
Dia terlalu emosional..
Tapi dialah yang paling menyayangi anda..
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda..

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu..
dengan perbezaan yang tersendiri..
Tetapi sekiranya mereka saling memahami..
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali..
Di sebalik air matanya..
tersimpan seribu satu kekuatan..
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah..
tapi dia punya kekuatan tersendiri..
yang bisa menggoncang dunia..
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya..
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda..
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja..
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda..
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda..
insyaALLAH.. (^.^)


credit to: Farhah


Blackberry Playbook vs Ipad2


Ipad 2 from Apple



Blackberry Playbook~~ nice n gojes is it??




tadi ade shout kat fb sy tentang berbaloi x if sy beli Ipad2..
ramai jugak kwn2 yang bagi feedback n opinion..
kebanyakan sume ckp best n xkan bazir if mmg suka dengan gadget..

tapi, tadi masa tengah browse fb via blackberry curve sy..
sy terkesima bila terpandang blackberry pun ada kuakan tablet just like ipad..
namanya adalah blackberry playbook..
cam lebih best je dari ipad..
ke sebab sy ni memang die hard fan untuk blackberry..
jadi sy pikir camtu eh??
untuk tengok features mane yang lebih best..
atau kat ipad

so, mana satu pilihan kalbu yeh??
mana yang murah n features best..
itu yang akan jadi pilihan hati ini..
bak kata kawan sy..
if jadikan hantaran pun bagus ni ;p..
sy beli sendiri ke hantaran sy??
ahahaha ;p




Pagi Selasa................


ini dia makngah sy.. akk kepada ibu.. ketika ini kami di dalam angkutan kota sewaktu di bandung (",)



hye sume!!
ape plan uolls arini??
yang bekerja tu..
mesti tengah tekun bekerja kan??
chaiyokkk!! bekerja lah dengan bersungguh..

plan sy untuk arini..
nak p umah makngah..
kesian dia dok sorang kat umah..
sy nak temankan dia sarapan..
pastu maybe nak p UTHM..
itu pun kalau sy x pnat..
sebab kepala rasa sangat berat..
macam nak pitam..
tapi still boleh update blog kan??
ahaha.. aini.. aini..

ingin sangat p pusara ibu..
tapi takut sebab xde sape nak teman..
dulu kan penah cete ade orang kurang siuman kat situ..
jadi x berani nak p sorang2..
kalau x dulu, sy p je sorang2 x perlu orang teman.. =)
kalaulah makngah boleh teman..
tapi.. makngah x kuat jalan..
xpe lah..
sy tunggu awak temankan sy ye??

okehlah nak get ready untuk ke umah makngah..
kang lambat dia lapar lak..
nak belikan dia ape yeh??
belikan lontong pun sodap kan??
hehehe..
daa~~~


~~Sajak Buat Ibu~~



Ibu..
di kedinginan malam sunyi..
terkenang daku akan pemergianmu..
dibuai sejuta kenangan manis..
disiram segar..
subur kasih penuh rindu..
mengiringi pemergianmu..

Ibu..
sejuta keampunan kupinta darimu..
buat penghapus dosa insan kerdil ini..
buat menebus kekurangan melayani hayatmu..
buat melunas hutang jiwa..
seorang anak terhadap ibu..

Oh Ibu..
kutinggalkan jasadmu di kuburan ini..
namun, izinkan aku bawa pulang kasih sayangmu..
izinkan ku bawa bersama semangat dan doamu..
izinkan aku pulang berbekal..
keampunan dan redha mu ibu..

Doakanlah aku Ibu..
Agar bersemangat menyambung amal ibadahmu..
berbekal akal, ilmu dan iman..
yang engkau ajarkan dulu..

Ya Tuhan..
ku titip jasad ibu untuk Engkau rahmati..
ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang ibu..
buat bekal hidup yang berbaki..
ku rayu keampunan Mu segala dosanya ya Rabbi..
hidayahkan aku apa saja demi menebus dosa ibunda..

Biar nyawa, harta dan jiwa ini jadi galang gantinya..
janganlah Kau seksa dia wahai Tuhan..
aku pohon..
aku rayu pada Mu setulus jiwa..
rahmatilah..
kasihanilah dia..
sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil..

Ya Allah.. Ya Tuhanku..
aku berpegang pada janji Mu..
janji rasul Mu..
izinkan aku menyambung amal ibu..
izinkan aku memenuhi tawaran janji Mu..
Demi ibuku..

Al-Fatihah untukmu ibu..
Al-Fatihah



.................................Rindu Dia




haaa...
tengok tajuk post mesti korang tertanya2 sape yang sy rindu kan??
korang rasa sape??









hmmmmmm......











actually sy sangat rindukan arwah ibu sy..
ntah kenapa arini dada sy merasakan sangat sakit..
sakit kerana merindui ibu..
sakit kerana ditinggalkan sendiri..

ya ALLAH,
ampuni dosa aku..
aku hanya insan yang lemah..
yang x lari daripada melakukan kesilapan..
bukan tidak menerima ketentuan..
hanya sekadar menyuarakan apa yang ku rasa di dalam ati..
kerana ENGKAU telah mengambil satu nyawa..
yang amat bermakna dalam hidupku..
seperti separuh nyawaku telah KAU bawa pergi..
jauh dari diri ini..

ibu,
hadirlah dalam mimpi kita..
cukup sekadar memberi senyuman untuk kita..
itu sudah bisa buat kita merasa bahagia..
kita sangat rindukan senyuman ibu..
sangat rindukan belaian ibu..
semoga ibu tenang di alam sana..
semoga ibu berada di samping umat yang bertaqwa..
insyaALLAH..

kita sayang ibu..
sangat sayang ibu..



Monday, April 18, 2011

becoz I'm stupid~~



i keep listening to this song over n over again~~~
enjoy listening it peeps!!!
SS501 is d best!!!

Monday, April 11, 2011