Wednesday, January 11, 2012

Arbaya all d way from Jeddah

hye uollss.. ade sedikit penjualan daripada sy.. its arbaya in da house!! arbaya ni sangat sesuai dipakai untuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan, atau casual use.. sume arbaya ni free size. harga RM 250 only. retail price especially butik-butik area kota damansara sell at rm499 utk fabric yang sama. agak murah kan harga arbaya yang sy tawarkan ni? anw, it comes with shawl okey. and shawl nya sgt t'letak if kita pkai =).. sape-sape yang berminat, sila komen di post ini kay?? 





happy shopping uolls!!!

Makanan Pembakar Kalori

Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.


Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C.  Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.

Air Putih
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.

Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda.

Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari.

Epal
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.

Barli
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.

Kacang Hitam (Black Beans)
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.


Tembikai Susu Jingga (Rock Melon)
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.

Lobak Merah
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.

Bijirin (Cereal)
Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.


Cili Merah
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda.

Fruit Smoothies 
 Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak. (cth: TUTTI FRUTTI yaayyyy!!)

Halia
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda.  Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.


Teh Hijau
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.

Bawang merah
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.

Strawberry
Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.

Tempe
Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang disarankan untuk badan.

Rumput laut
Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

9 benda U have to say NO if mahu kurus dengan sehat

Terdapat lebih kurang 10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.
  1. Soft Drinks / Minuman bergas
    Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.
    Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
  2. Minuman Kedai Kopi
    Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.
    Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
  3. Produk kaya tepung
    Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
  4. Roti, kek, dll
    Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
    Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
  5. Makanan / Minuman pek segera (instant)
    Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
    Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
    Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
  6. Makanan dalam tin
    Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
  7. Makanan bergoreng
    Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
    Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
  8. Makanan segera
    Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
  9. Snek buah
    Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini. (credit to: http://kevinzahri.com)


    banyakkan memakan buah-buahan especially apple and orange/ tangerine =)

    pastikan sayur menjadi makanan utama uolls ye.. =)

    (sume pic credit to incik google)

diet mode is on

hye guys!! how do u do? actually di entry kali ni nak cete sket tentang kelas-kelas yang sy join untuk proses mengurus.. memandangkan berat badan sy telah naik dengan mendadak maka sy pun bz mencari alternatif untuk mengembalikan semula body figure sy. at least xde laa debab like now. sy berazam untuk mendapatkan semula berat lama sy iaitu 54kgs. hope berjaya laa ye??

untuk catu pemakanan, sy rasa sangatlah x mungkin. now, sy memang sangat kuat makan. especially tit bits. that's y sy rs sy mudah gemok. masuk arini actually da 3 hari sy x makan nasi. start dari isnin lepas. sy berpuasa dan hanya berbuka dengan 2 keping roti dan sosej. semalam waktu breakfast sy just ambil 2 keping roti dan hot choc. lunch pulak sy makan mihun soto and potongan buah-buahan tempatan such as jambu batu, jambu air, mangga muda dan kedondong yang sy beli di care4 batupahat. dinner sy hanya makan dessert iaitu yogurt eskem from tutti frutti =). hope eskem ni x menggemokkan laa. ahahaha
actually semalam sy register untuk kelas workout. kelas pertama sy amek yoga yang terdiri daripada 3 jenis yoga iaitu:
1. dynamic yoga
2. hatha yoga
3. basic dynamic yoga


sy x berapa tau ape beza ketiga-tiga jenis yoga ni since sy belum pun masuk ke kelasnya. today will be my 1st class. ikut schedule yang diberi, arini yoga yang akan diajar ialah dynamic yoga. so, i will update to uolls cmne dynamic yoga ni pada entry lain ye?

kelas kedua lak, sy join kelas tarian. jazzercise dance and workout. kedua2 jenis workout ni di 2 tempat yang berlainan. kelas tarian ni sy da p malam semalam. so far, sy rasa kelas ni sangat interesting. gerak tari yang diajar sangat mengeluarkan peluh. so, sy rasa diz dance class will help me lose my weight dengan cepat. ekeke.. pray for me my dear readers =). kat bawah ni ade video untuk tontotan uolls antara tarian yang diajar. and im proudly want to tell uolls yang dancers dalam video ini diajar oleh instructor yang mengajar sy juge ;). shes very energetic. me loikeeee =). enjoy k guys =). chowwww~~

Friday, January 06, 2012

Azam, Harapan, Keinginan, Kehendak!!

hye uollsss... walaupun da agak lambat utk wish new year, sy ttp gak nak wish utk uolls pembaca2 blog i.. HAPPY NEW YEAR!! hows ur new year?? hope diz year will bring happiness to uolls yeah?? ape azam tahun baru?? for me, sy da short-listedkan beberapa perkara, benda yg sy nk buat and miliki diz year.. if umur panjang, murah rezeki, hope sume yg diharapkan ini dpt ditunaikan dan disempurnakan =)... pray for me ye dear readers =)

Azam 2012:
1. mengerjakan umrah bersama ayah dan maktok tersayang. (semoga ayah terbuka pintu hati utk pergi dan semoga mak sihat drp sakit kakinya)
2. mendapatkan pekerjaan sebagai pendidik pendidik dan pendidik (insyaALLAH).
3. if not, apply semula kerja sebagai engineer. janji keje. ye tak??
4. nak p bercuti bersama bffs tercinta (krabi, vietnam, bandung, korea, london- either one k. if sume sape pun  bley bankrupt ;p)
5. menjadi wanita yang berpendirian, berakhlak lebih baik, dan lebih menjadi solehah. (insyaALLAH).
6. last but not least. nak KAWEN. (semoga ALLAH dtgkan jodoh yg tbaik utkku. yg sanggup terima baik burukku).

Kehendak 2012:
1. nak memiliki galaxy tab. at least yg honeycomb iaitu 7+ punya.
2. nak memiliki handbag yg mampu milik macam Coach atau Gucci. (Coach da dpt 2 hari lepas, now aim for Gucci lak)
3. macam nak beli galaxy note. (tgk wic is better. note or tab)
4. nak beli kete at least ford fiesta if ayh xmo pulang miss ct sy (beli kete once da dpt keje).
5. nak beli uma dgn hasil jualan emas if harga emas naek laa diz year. ;p

rasanya tu dulu kot. if ade lg yg nk ditambah, will update soon. rasa2 melampau ke eh azam dan kehendak 2012 sy? xde kot eh? sy bkn org kaya, jd perlu tanam azam gini supaya sy usaha keras utk dptkannya. semoga ALLAH membantu sy dlm mencapai harapan sy ini. Aminnnn =)