Wednesday, December 21, 2011

GELI.. sekian

adoi.. baru sat td tertengok pic percutian si 'laha' bsama kawan2 dan gf masing2.. plishhhhh.. geli hokay!! tgok pic mereka buat diri sendiri rasa geli dan kesian kat diri sendiri. nape laa sy begitu bodoh selama ni ek?? now tidak lagi. if si 'laha' nk bbuat dosa, sy xmo campo. silakan terus membuat dosa sbb sy x sanggup lagi. usia da semakin lanjut, patut semakin sedar. ni nampaknya semakin dasat. maklumlah kawan2 sume seangkatan. semakin hepi je laa si 'laha' tu..
tlg jgn rasa sy jeles. plissshhhh.. langsung x jeles. tp kesian lg ade kt family si 'laha'. sy memang xkan nk doakan dia jadi baik lah kan?? buang masa.. dah la salah xnak ngaku. kesian sgt.. pathetic.. =(
x boleh tulis panjang2.. nati dikatanya sy begini sebab dia xnak sy. sbb tu sy jadi meroyan gini.. ahahaha.. lawak sungguh.. mahap ye si 'laha' kamu tiada dlm kamus idup sy lg.. p maen jauh2 sane.. shuhhhhhhh... bye!

Sunday, December 18, 2011

TQ En Wangi


last friday en wangi telah membelanja sy menonton cete ombak rindu. it was my 2nd time watched dat movie actually. sy sukaaaaaaaaaaaaaa sgt abg aaron.. oh TUHAN tlglah dktkanku dgn mr rite yg spt watak aaron dlm cete itu.. wallahhhh... *mimpi indah*

Thursday, December 15, 2011

semoga sy mendapat seseorang yg baik, memahami, mencintai sy seadanya, menyayangi sy sepenuh hatinya dan setia.. sila doakan sy ye kawan-kawan =).. En Wangi pun nak doakan sy juga kan?? TQ u

Diriku begitu berharga

kerana diriku begitu bermakna ;)

Ombak Rindu


currently sy sgt addicted mendengar lagu ini. best lagu ni. sedih sgt. Dear En Wangi, kalau jumaat ni Twilight xde, kita tgk cete ni eh? walaupun sy dah tengok cete ni dengan yati last week, tp sy tetap nak tengok lagi sbb cete ni best. sila take note!! =)

Dear sang SPESIS

actually sy xkan menganggap spesis itu EX sy, jauh sekali kawan sy. sy lebih rela menganggap spesis itu stranger yang coincidentally terjumpa. and now si spesis telah mati dari dunia sy. begitu juga dgn ahli keluarga juga kawan-kawannya. En Wangi nasihati sy, jika ingin move on, jangan toleh kebelakang lagi. jangan ada connection dengan family atau kawan-kawan si spesis. nasihat En Wangi sgt bagus. btol kata En Wangi, sy terlalu berharga untuk dia, jd sy xkan persiakan diri sy pada spesis itu. NEVER!!! =) TQ En Wangi atas nasihat yg amat membantu =)

Aja Aja Fighting!

En Wangi selalu kata sy seorang yang kuat!! ye!! sy memang kuat.. sy xkan menyerah walaupun ade yang sakiti sy =)

Tuesday, December 13, 2011

Terima Kasih En Wangi

Terima Kasih sbb call sy tadi en wangi. kamu selalu sgt call time ati sy tgh gundah gulana. TQSM tau u =)... alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi

Alhamdulillah~~


alhamdulillah. TQ so much ALLAH untuk segala yang KAU limpahkan ke atasku. aku amat-amat bersyukur. KAU berikanku petunjuk. KAU jauhi aku dari segala yang mungkar. KAU tarik aku ke jalan yang lurus. KAU bimbing aku untuk menjauhi kejahatan. KAU pisahkan aku dengan 'spesis' durjana. KAU perkenankan doaku selama ini. aku sgt berterima kasih terhadapmu ya ALLAH. 
selama 5 tahun aku berkawan dengan 'spesis' itu, tak pernah sekalipun perbuatan terkutuknya terbongkar. malah setiap pergaduhan kami, 'spesis' itu sentiasa letakkan kesalahan di bahu aku. selama ini, aku sahaja yang sering dipersalahkan. aku sahaja yang jahat. aku sahaja yang hina. segalanya tentang 'spesis' itu baik belaka. sesungguhnya kuasa-MU itu amat hebat, ya ALLAH. dalam sekelip mata, semua sifat dan sikap terkutuknya terbongkar satu-persatu. 'spesis' itu hanya bertopengkan dengan ketinggian ilmu agamanya. malah DR Asri salah satu penceramah agama yang disukainya. bila bercerita tentang agama, 'spesis' itu memang sangat pandai. tapi, dosa mudah tak dapat dibezakan. (sy x punya kuasa untuk tentukan berdosakah 'spesis' itu atas perbuatannya, biar ALLAH sahaja yang tentukan segalanya). 'spesis' itu sanggup menjaja cete orang lain ke sana sini. sanggup merayu pompuan sana sini hanya untuk puaskan nafsu keparatnya. 
masyaALLAH, sungguh durjana 'spesis' ini. nauzubillah. minta dijauhkan sy daripada 'spesis' itu. sungguh tak ku sangka, sikapnya sebegitu rupa. waktu bersama, seakan pijak semut pun tak mati. sering nasihatkan aku untuk melakukan kebaikan. malah sentiasa menerangkan aku soal berkaitan agama. kasihan sungguh keluarganya. bagaimanakah agaknya jika emaknya atau abahnya tahu perangai durjananya itu? tidak terfikirkah dia bahawa perbuatan dia itu sungguh terkutuk? tak tahukah dia perkara yang disukainya itu akan dilaknat ALLAH? ya ALLAH, bantulah 'spesis' itu. bimbinglah dia ke jalan lurusmu. sesungguhnya, aku amat sayangkan dia. aku mahu dia seperti yang ku kenal dulu. semoga suatu hari nanti 'spesis' itu akan tersedar dari keseronokan duniawinya. 
wahai en 'spesis'. sy x mendendami kamu. sy juga xkan membenci kamu. sy cuma harapkan agar ALLAH dapat membalas segala perbuatan kamu terhadap sy juga terhadap pompuan-pompuan yang kamu zalimi. semoga ALLAH membalas segala perselingkuhannya di belakangku. jika kamu telah mendapat balasan setimpal, kamu bermohonlah kemaafan daripada ALLAH. kamu lakukanlah solat taubat seperti waktu kamu ingin mengerjakan umrah dulu. setelah itu, kamu datanglah kepada aku dan kepada pompuan-pompuan yang kamu zalimi. melutut dan merayu untuk kemaafan. suatu ketika dulu kamu pernah merayu dan berlutut kepadaku untuk menerimamu kembali dan aku dengan lembut hati menerimamu. tapi tidak sekarang. itu semua xkan pernah dan mungkin terjadi. alhamdulillah ALLAH berikanku kesedaran dengan cepat. 
sekarang mungkin kamu tengah berbahagia. sentiasa bergelumang dengan dosa. tak takut dilaknat ALLAH. insyaALLAH, sy yakin suatu hari, kamu akan tersedar sebelum terlambat. andai kamu x punya waktu, mungkin ALLAH tidak menyayangimu dan xnak kamu melakukan kebaikan. oleh itu, beringat-ingatlah ketika melakukan dosa. kita tak tahu berapa lama lagi kita akan idup di muka bumi ini. lagipun kamu kena sedar, kamu punya history sakit yang boleh menghampiri kepada kanser. sy bukan ingin menyumpah atau mendoakan kamu mendapat sakit itu. tapi, beringatlah. oklah. sy macam dah malas nak menulis tentang 'spesis' itu. seakan x berkesudahan. huhuhu.. ok. chow dulu la yeh?? =)

p/s: segala apa yang kamu lakukan pada sy, xkan mudah untuk sy lupakan. selagi kamu x merayu dan melutut memohon kemaafan, selagi itu sy xkan memaafkan kamu. sekian

Monday, December 12, 2011

setinggi-tinggi tupai melompat, ke tanah jua akhirnya

hye uollss... arini sy berasa sgt bsyukur dan happy.. alhamdulillah.. terima kasih dd sbb sudi bjumpa akk untuk setelkan a few things.. i dun care what that bitch will say about us.. as long as akk rasa puas dan sgt berterima kasih kat dd.. akk tau ALLAH msh sygkan kte.. sbb tu DIA bg kita kesedaran..
bthun-tahun akk ingat akk yg banyak lakukan kesalahan.. x sangka kesalahan dia pada akk lbh besar jika nak dibandingkan kesalahan akk pd dia.. semoga ALLAH  bantu dia bagaimana ALLAH bantu kita.. kesalahan demi kesalahan dia akk tahu arini.. sungguh licik dia.. selama ni puas dia menuding jari kat akk.. blame akk.. sedangkan dia sdry byk lakukan kesalahan.. akk redha dgn apa yg terjadi.. terima kasih dd utk segalanya.. terima kasih ALLAH sbb cpt sdarkanku.. =)

Sunday, December 11, 2011

Cinta

alt
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka) 

True Love

When 2 people are really in love with each other, They won't ever let go even if it hurts a thousand times or more....

Takkan Pisah- EREN


best lagu ni =)

Saturday, December 10, 2011

Love is when U have seen da best and worst of someone,
and U still love them just da same way..

ya ALLAH, temukan sy dengan lelaki yang sebegini =).. AMINNNN

saya redha =)

hye uollss.. camne ari uollss arini?? ari sy, mcm biase je.. busan yg amat..
i just dunno nape sy perlu punya perasaan yang sangat x best.. berlaku satu perkara yg membuatkan sy terasa begitu sakit hati.. sy cube untuk redha dan kuat sebab sy pun da lalui bermacam-macam dugaan kan?? jadi, insyaALLAH dugaan sekecil ini pun pasti sy mampu untuk hadapinya.. saat sy terpandang gambar kek dan status profile seseorang di BBM dia, sy menangis.. bukan niat untuk menangis tapi air mata ni senang sangat nak turun.. sy tau sume ni berlaku disebabkan sikap dan sifat sy sendiri.. ape yg dilakukan oleh 'orang' itu adalah sebagai balasan sy kerana dulu sy sering menyakiti hatinya.. sy terima.. sebab sy tau mmg sy banyak buat salah dengannya.. apakan daya sy.. sumenya telah terjadi.. nasi pun dah jadi bubur.. begitu banyak dugaan yang diturunkan kepada sy.. ok, sy tak kisah if memang 'orang' itu sedang bahagia bersama teman barunya, perlu ke 'dia' nak tunjukkan rasa happy 'dia'? tidakkah 'dia' tau bahawa sy punya banyak masalah.. perlu ke begini balasan dia terhadap sy?

P/s: kalau pun awk syg sgt kat bebeb awk, x perlu awk nak tunjuk di BBM. bukannya bebeb awk ade BB pun.. dan dia pun x tau.. awk boleh hanya ckp rs hepi awk, rs syg dan cinta awk pd dia dan pada kwn2 awk yg lain yg awk sedang bahagia.. x perlu awk nak buat cmtu.. tapi apa pun, semoga awk puas dgn buat sy camni.. dan terima kasih atas segalanya.. semoga berbahagia..

ya ALLAH sentiasa berikan aku kekuatan..
tunjukkan aku jalan yang lurus..
temukan aku dengan insan yang menyayangi aku setulus hati..
satukan aku dengan insan yang terima baik burukku..
dan dekatkan aku dengan insan yang takkan meninggalkanku walau apapun terjadi..
aku redha dengan sume ujian-MU ini kerana aku yakin segalanya pasti punya hikmah di sebaliknya..
AMINNNN

Happy Birthday Awak!!

juz nak wish Happy birthday kat awak.. ni tahun pertama sy x celebrate bday awak.. tahun pertama kita x celebrate same2.. ape pun, sy tetap doakan semoga awak bahgia bersama org2 yg awak syg and org2 yg syg awak.. semoga awak mendapat keberkatan dan petunjuk dalam kehidupan awak.. semoga awak diberikan iman yang teguh dan tetap.. semoga awak panjang umur dan dijauhi daripada sakit.. semoga awak murah rezeki dan mendapat pekerjaan yg diidamkan.. semoga awak menemukan kebahagiaan idup.. Rasanya xde kata lain yg boleh sy ucapkan.. Sy doakan semoga segala ape yg awak lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari ALLAH.. SELAMAT HARI LAHIR, awak!! ILYNMW ;)


Thursday, December 08, 2011

Yuni Shara - Sepi


okay, skang sy sangat addicted kat lagu ini.. sangat mendalam maksud lagu ini.. lagu ni OST utk filem SEPI.. da bertahun padahal filem tuh, x silap sy da released pada tahun 2008 lagi.. tp, sy baru je dgr lagu ni baru-baru ni kat channel pelangi astro indopek.. terus jatuh cinta.. huhuhu ='( liriknya sgt menyentuh perasaan ='(

kamu buat saya tersenyum sinis

tadi sy ke kluang menemani kak niza iaitu agent insurans sy melawat bekas opismate sy, cip a.k.a talha yg da seminggu menjalani operation. alhamdulillah, nampaknya cip da bertambah sihat.. segar tengok muka cip tadi.. anw, TQ cip sebab sediakan makanan yg sgt lazat utk kami tadi..
cip jaga diri bebaik okeh??? jgn asek suro sy je jgn angkat brg berat, jaga diri.. awk tu pun sakit juge.. bukan sy sorg.. TQ for your concern cip.. =) sy doakan cip cepat2 sihat.. nati bley kita gos-gos lagi berdua di bbm.. ekeke ;p



opssyyy, tajuk post x sesuai dgn isi post.. ahahaha.. ekceli nak cete tentang something.. tadi masa kat kluang, sy ter'lalu'.. maksud 'ter' tu bukan sengaja lalu hokay??!! sy ter'lalu' balai polis kluang.. sy t'igt satu kejadian suatu ketika dulu yg mengheret sy ke balai polis tersebut.. ape yang membuatkan sy tersenyum sinis adalah, apabila sy mencuba utk bring back d memories dengan 'org' yg bersama sy suatu ketika dulu di balai polis tersebut, 'org' tersebut dengan selamba kodok membalas seakan sy xkan ingat kenangan-kenangan lampau.. kalaupun, kamu dah buang jauh-jauh kenangan lama, jangan laa kamu fikir, sy pun begitu.. lagi satu, memang kekadang sy punya short-term memory, tp ade juge yg sy ingat.. ape-ape lah ye?? berfikiran buruk itu lebih baik dari berfikiran baik.. erkkk.. begitu kah??? chow!!!

no ong saya~~

 d numbers mean a lot to me =)

1.12.2010 - 1.12.2011


da setahun ibu pergi meninggalkan sy dan ayah.. x sangka sgt sy masih boleh bertahan hingga ke hari ini.. semasa ibu pergi, sy seperti hilang arah.. separuh nyawa sy telah pergi.. ramai org cakap yg sy sgt tabah dan kuat kerana sy mampu idup berseorangan di rumah ini tanpa ibu juga tanpa ayah.. sy tidaklah sekuat yg org sangka.. siapa yg mampu idup bersendirian tanpa org yg disayangi.. ayah jauh berada di sg. buloh.. lagipun skang ayah sgt bz dgn kerjanya.. setiap minggu akan ke sarawak.. 
bayangkan kehidupan seorang diri tanpa family.. semua kerja x berjalan lancar kerana sy lebih rela menghabiskan diri dengan tidur.. sbb kalau sy berjaga, sy akan berasa sedih dan sy akan sentiasa memikirkan ibu kesayangan sy..
walau ape pun, sy harap ALLAH masih beri sy kekuatan utk terus bernafas di dunia ini.. sy perlu kuat utk sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu di alam sana kerana ibu tiada anak lain selain sy seorang.. 
setahun dah berlalu, wajah ibu, suara ibu, bau ibu, bebelan ibu masih segar di ingatan.. malah masih segar di ingatan sy saat terakhir ibu berbual dgn sy sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. mungkin sy bukan anak ibu yg sempurna.. tp sy bersyukur kerana sehingga akhir hayat ibu, sy masih setia berada di sisinya.. terima kasih ALLAH kerana memberikan sy peluang untuk menjaga ibu kesayangan sy walaupun sy terpaksa melepaskan jawatan sy sebagai seorang jurutera.. sy yakin rezeki ade di mana-mana.. sungguhpun begitu sy masih lagi rasa terkilan.. terkilan kerana ibu tak sempat utk melihat sy menggenggam segulung sarjana.. ibu tak sempat melihat sy berkeluarga.. ibu tak sempat melihat sy menjadi pendidik di mana impian ibu.. hingga saat ini, sy masih terlalu rindu ibu.. sy syg ibu sampai bila-bila.. ya ALLAH, tolong kuatkan rasa cinta ayah terhadap ibu juga.. aminnnn =)