Tuesday, November 29, 2011

Scar sana sini =(

ini ialah tangan kanan sy.. itu hasil cakaran drp kucing kesayangan sy, si GEMOK a.k.a CHICKY.. ='( sy hanya ingin berikan dia makan ubat selesema, cakaran yg sy dapat.. sakit sgt tangan sy.. darah kua dgn sgt byk.. now lukanya da tinggalkan scar yang buatkan tangan sy huduh.. kawan2 sume ingatkan sy didera =(.. adoiiiii kasihannnnnnn

okay, atas ni lah si GEMOK sy.. hmmm.. sib bek laa kakak syg sgt GEMOK.. klu x, mau kakak geget GEMOK sbb tgamak GEMOK cakar kakak ;).. syg GEMOK walau apa pun

Monday, November 28, 2011

Glenn Fredly - Tega


dulu awk pernah beritahu sy yg awk slalu dgr lagu TEGA dari Glenn sebaik sahaja kita bpisah.. malah awk dgrkan lagu itu kepada sy.. waktu itu, sy tidak mendengar dengan jelas bait-bait lirik lagu itu.. kini, setelah beberapa bulan, sy t'ingat akan lagu itu.. sy google dan dgr satu persatu lagu glenn di you tube.. akhirnya, pencarian sy mbuahkan hasil.. sy hayati setiap patah lirik lagu ini.. hati sy sgt sayu.. lirik lagu ini sgt menyentuh hati.. 
awk, sy x pernah berselingkuh.. sy tau awk merindukan sy waktu itu, begitu juga sy.. memang benar sy cinta awk dan sy x pernah menipu awk utk bsama lelaki lain.. awk salah faham.. sy mmg lakukan kesalahan, tp kesalahan yg sy lakukan bkn seperti yg awk rasa.. sy sayang awk sangat2.. maafkan sy di atas apa yg terjadi ini.. 

Tuesday, November 15, 2011

Kenangan adalah sesuatu untuk dikenang

okay, sy tau tajuk post sy agak berbelit, but who cares? sy suka je tajuk tu ;p. actually sy nk cete sket ttg realiti kehidupan yg sering berlaku di sekeliling kita. sy jamin uolls pun pasti ade yg penah alami situasi cmni. sy pun penah alami, begitu juga family dan kawan2 sy.

penah x uolls BERCINTA?? haruslah penah kan? penah x uolls bercinta bagai nak rak, 4-5 tahun, tiba2 hubungan uolls terputus di tgh jalan? padahal time bercinta dulu, kemaen lagi. cam belangkas. di mana ade si dia, di situ pasti ada kamu. malahan, uolls pun rasa yg uolls sgt hepi dan mustahil utk uolls hadapi masalah dalam hubungan. uolls syg si dia, si dia syg uolls. macam2 perkara uolls buat bersama. dari sekecik-kecik perkara such as, korek hidung atau kentut depan pasangan atau p bercuti bersama. sume perkara tu merupakan pemanis dalam hubungan uolls. btol x?

bila hubungan uolls berakhir, bape ramai yg antara uolls yg berkawan dengan EX uolls tu? secara jujur, bagi sy, selagi kita masih simpan sedikit harapan utk kembali bersama, ataupun sekiranya syg kita masih berbaki utk EX kita tu, pasti kita xkan boleh berkawan dgn dia. btol x? unless if kita mmg da lupakan sumenya. xde letakkan harapan, tiada lagi rasa kasih, syg dan cinta. pasti ramai antara uolls yg da la x berkawan, malah menjadi musuh pula. saling benci sesama sendiri. sedangkan masa bercinta, cinta setulus hati. begitu sekejap perasaan itu berubah. btol x?

sy penah terbaca satu artikel. agak menarik artikel itu. dalam artikel tu tertulis bahawa jika kita masih belum ready utk move on, jika hati kita masih syg kekasih lama, jika ingatan kita masih pada yg lama, jika kita masih x ready utk memulakan hubungan baru dan jika kita x sanggup melulapakan kekasih lama, ALLAH xkan temukan kita dengan jodoh kita. ALLAH tau jika kita ikhlas utk memulakan hubungan baru kerana ALLAH itu maha mengetahui. btol x? so, utk memulakan hubungan baru, utk memastikan jodoh uolls dtg, uolls perlulah bersedia utk melupakan yg lama, memaafkan segala kesilapannya dan memandang ke hadapan. jika uolls masih gagal utk lakukan perkara camtu, uolls susah utk bertemu dgn orang baru. percayalah sebab sy sendiri alami situasi camni. sy penah rasa bahawa sy da mula menyukai seseorang yg baru, tapi, fikiran dan rasa syg sy masih lagi pada yang lama. jadi, hubungan dengan yg baru x ke mana. kekal hanya sebagai seorang kawan.

kalaupun uolls bernasib baik, masih rindu EX uolls and at d same time, uolls berjumpa jodoh uolls. uolls ditakdirkan berkahwin, tidak mustahil uolls akan masih merindui EX uolls sungguhpun uolls hidup bahagia dengan pasangan uolls. sume ini berlaku kekadang tanpa sedar. sume ini perasaan dan rasa hati kita. complicated bukan hidup ini? utk menjadikannya tidak sesukar yg dirasakan, belajarlah utk menerima kenyataan yg si dia bukan lagi milik kita, bahagia si dia bukan bersama kita dan maafkanlah salah silap si dia. sy juga sedang berusaha utk ke arah itu. walaupun si dia tiada salah pada sy, tp sy tetap sedih dan kecewa kerana si dia meninggalkan sy. lebih2 lagi saat sy amat perlukan dia. saat sy kehilangan separuh nyawa sy iaitu ibu. saat sy inginkan kekuatan darinya. itu sume bukan salah dia sebab perkara ini terjadi disebabkan sy. ape pun, sume ini membuatkan sy menjadi kuat.

kenangan yg pernah dilalui bersama EX uolls x harus uolls buang. sebab bukankah kenangan itu dicipta utk kita kenang? malah kenangan juga dpt buatkan uolls lebih matang. kay lah. penat menaip. nati update lain eh? bai =)

Torch 9810 akhirnya milikku =)

TQ so much ayah sbb gantikan hp kita yg hilang. walaupun bb curve lama sy punya seribu satu kenangan dan ia merupakan pemberian dari seorang yg sy sayangi, tp ape nak buat. dah nasib badan, hp itu bukan rezeki sy utk selamanya. alhamdulillah, ayah sudi gantikan dengan bb torch 9810. actually before sy decide utk amek hp ni, sy byk p survey hp di kedai2 hp bsama bff sy, along. kata org, samsung galaxy SII, W, Plus, Tab 7.0 merupakan android yg bagus. tp, bila belek2 hp2 tu, sikit pun ati sy x tertawan. mungkin sy bukan peminat gadget. dan org kesayangan dulu memperkenalkan sy dgn kehebatan bb. jadi, spai skang, hati sy masih pd bb. begitu juga jika sy bcinta. sejauh mane sy pergi. dengan siapa sy berkawan. akhirnya, sy akan kembali pd yg sy cinta. pasti kembali pd kasih lama. erkkkk... x pasal2 laa pulak.. ahahaha ;p kay, back to cete ttg phone. ati sedikit tergugat bila tengok galaxy note. tp, bila da tertarik, stok kat digi lak da abes. kena tunggu dalam 2 minggu utk dptkan stok. sy ni da laa x sabar orgnya, ditambah lak majoriti bffs sy menggunakan bb, jd, sy decide utk beli bb semula. galaxy note perlu dilupakan. xpe, nati ade rezeki, mmg sy nak beli galaxy tab 10 utk buat maen game. kalau ibu ade, mesti ibu suke if dapat galaxy tab 10. mesti 24 jam dia akan maen game. mesti if ibu idup lagi, kalau kene buat kemoterapi, dia mesti akan bawak galaxy tab bersama utk hilangkan bosan. ibu sy seorang yg kaki computer game. ok. aini da stat melalut. maklum ah jam da nak pukul 2 pagi kot. of coz laa ckp pun da meleweng. ok la. better sy tido dulu. ape pun sy hepi dgn pemberian ayah. sy suka dengan bb torch 9810 sy =). TERIMA KASIH AYAH!!

credit to mr google di atas pic hp baru sy ni. nati len kali klu rajin, sy upload pic hp sy yg da lengkap dgn eksesori spt casing pink.. hehehe.. cute uolls =)


p/s: sy SAYANG sgt kat ayah, family, bffs, cinta hati, kwn2 sy. sy perlukan uolls sebagai kekuatan sy. =)

No bertuah juga No feberet


kat atas ni no feberet juga no bertuah sy..
actually da beberapa kali sy dapat turn yg bernombor 1012..
setiap kali itu juga sy akan simpan..
pasti uolls rs ianya satu yg kelakar kan??
sy sgt hepi setiap kali sy dpt no 1012..
x kira laa if kat bank2 atau kat digi centre atau pejabat pos sekalipun..
no itu punya maksud yg sgt mendalam..
ade cerita di sebalik no itu yang hanya dpt disimpan dalam hati..


Friday, November 11, 2011

i lost my blackberry!!

aduiiii.. hanya ALLAH je tau ape sy rs.. sedih sgt hoccay dgn kehilangan henpon kesayangan.. sebab henpon tu pemberian org yg sy cinta, sayang dan kasih.. henpon tu merupakan birthday gift sy utk tahun 2010.. maksudnya da dekat 2 tahun henpon tu berbakti pada sy.. sedih dan pilu sgt rasa hati.. kenangan yg patot sy jaga, telah hilang.. kalau lah henpon tu sy yg beli sendiri, mungkin sy xkan sesedih ini.. ms tido last nite pun termimpi2 henpon kesayangan sy tu..
awak, sori sgt2 sebab tak dapat jaga dgn baik henpon pemberian awak.. semalam baru je berbual dgn Yu ttg henpon ni punya kenangan tersendiri.. ya ALLAH, byk btol la dugaan sy.. sy kena kuat.. maafkan sy kay?? ='(

Sunday, November 06, 2011

happy eiduladha to my dearest ibu, family and friends :)

Msh segar di ingatan. Raya qurban tahun lepas, family ibu bkumpul di umah ayah di sg buloh utk ber'bbq' beramai2. Waktu tu ibu kelihatan sgt happy. Ibu tsenyum sepanjang malam walaupun raut wajah ibu kelihatan seakan letih. Ibu kerap duduk di meja makan di dapur umah ayah utk bbual bsama2 adik beradiknya, juga anak2 buah serta cucu2 sdara. Bila penat, ibu akan berbaring di dlm bilik ayah.

Tahun ni, 1st time raya qurban disambut tanpa ibu. Tiada lg perayaan di kampung halaman, batu pahat. Kali ini, raya di sambut di bandaraya kuala lumpur bsama family ayah pula. Sepanjang hari diri kelihatan muram hinggakan maktok bertanya kenapa dengan sy. Sy hanya diam tanpa menjawab soalan maktok. Yg sebetulnya, sy t'amat rindu ibu kesayangan sy. Ya ALLAH, sungguh berat dugaan ini. KAU ambil nyawa insan kesayanganku. KAU bawa pergi separuh nyawaku. Hidupku kini seakan tiada maknanya lagi. Harapanku hanya dpt mengikuti nyawaku itu pergi. Bersama ke dunia yg abadi.

Tadi masa ingin mjerang air utk maktok di dapo umah ayah, air mata berjuaraian kerana terbayang wajah ibu. Senyuman ibu. Gelak tawa ibu. Ohhh sungguh rindu hati ini pada ibu.

Ibu, kita terlalu rindukan ibu. Kita harapkan segera kita dpt btemu ibu. Kita cintakan ibu sgt2. Kita syg ibu. Kasihkan ibu. Perlukan ibu sgt2 dlm hidup kita. Semua yg kita lakukan hanya utk ibu. Kini, semuanya seakan ✗ bmakna. Kita seakan ingin bhenti belajar dan bekerja sbg engineer smula. Kebetulan bos lama dpt byk projek. Jd, perlukan engineer. Dia minta kita anta smula cv kita padanya. Kita buntu ibu. Teruskan pengajian yg hanya tinggal 2bulan lbh ini, atau jadi engineer semula?

Salam aidiladha terutama utk ibu kesayangan, kaum keluarga serta sahabat handai. Semoga raya qurban kali ini lbh bmakna utk kalian tidak seperti sy =(