Thursday, December 08, 2011

1.12.2010 - 1.12.2011


da setahun ibu pergi meninggalkan sy dan ayah.. x sangka sgt sy masih boleh bertahan hingga ke hari ini.. semasa ibu pergi, sy seperti hilang arah.. separuh nyawa sy telah pergi.. ramai org cakap yg sy sgt tabah dan kuat kerana sy mampu idup berseorangan di rumah ini tanpa ibu juga tanpa ayah.. sy tidaklah sekuat yg org sangka.. siapa yg mampu idup bersendirian tanpa org yg disayangi.. ayah jauh berada di sg. buloh.. lagipun skang ayah sgt bz dgn kerjanya.. setiap minggu akan ke sarawak.. 
bayangkan kehidupan seorang diri tanpa family.. semua kerja x berjalan lancar kerana sy lebih rela menghabiskan diri dengan tidur.. sbb kalau sy berjaga, sy akan berasa sedih dan sy akan sentiasa memikirkan ibu kesayangan sy..
walau ape pun, sy harap ALLAH masih beri sy kekuatan utk terus bernafas di dunia ini.. sy perlu kuat utk sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu di alam sana kerana ibu tiada anak lain selain sy seorang.. 
setahun dah berlalu, wajah ibu, suara ibu, bau ibu, bebelan ibu masih segar di ingatan.. malah masih segar di ingatan sy saat terakhir ibu berbual dgn sy sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. mungkin sy bukan anak ibu yg sempurna.. tp sy bersyukur kerana sehingga akhir hayat ibu, sy masih setia berada di sisinya.. terima kasih ALLAH kerana memberikan sy peluang untuk menjaga ibu kesayangan sy walaupun sy terpaksa melepaskan jawatan sy sebagai seorang jurutera.. sy yakin rezeki ade di mana-mana.. sungguhpun begitu sy masih lagi rasa terkilan.. terkilan kerana ibu tak sempat utk melihat sy menggenggam segulung sarjana.. ibu tak sempat melihat sy berkeluarga.. ibu tak sempat melihat sy menjadi pendidik di mana impian ibu.. hingga saat ini, sy masih terlalu rindu ibu.. sy syg ibu sampai bila-bila.. ya ALLAH, tolong kuatkan rasa cinta ayah terhadap ibu juga.. aminnnn =)

No comments: