Tuesday, November 15, 2011

Kenangan adalah sesuatu untuk dikenang

okay, sy tau tajuk post sy agak berbelit, but who cares? sy suka je tajuk tu ;p. actually sy nk cete sket ttg realiti kehidupan yg sering berlaku di sekeliling kita. sy jamin uolls pun pasti ade yg penah alami situasi cmni. sy pun penah alami, begitu juga family dan kawan2 sy.

penah x uolls BERCINTA?? haruslah penah kan? penah x uolls bercinta bagai nak rak, 4-5 tahun, tiba2 hubungan uolls terputus di tgh jalan? padahal time bercinta dulu, kemaen lagi. cam belangkas. di mana ade si dia, di situ pasti ada kamu. malahan, uolls pun rasa yg uolls sgt hepi dan mustahil utk uolls hadapi masalah dalam hubungan. uolls syg si dia, si dia syg uolls. macam2 perkara uolls buat bersama. dari sekecik-kecik perkara such as, korek hidung atau kentut depan pasangan atau p bercuti bersama. sume perkara tu merupakan pemanis dalam hubungan uolls. btol x?

bila hubungan uolls berakhir, bape ramai yg antara uolls yg berkawan dengan EX uolls tu? secara jujur, bagi sy, selagi kita masih simpan sedikit harapan utk kembali bersama, ataupun sekiranya syg kita masih berbaki utk EX kita tu, pasti kita xkan boleh berkawan dgn dia. btol x? unless if kita mmg da lupakan sumenya. xde letakkan harapan, tiada lagi rasa kasih, syg dan cinta. pasti ramai antara uolls yg da la x berkawan, malah menjadi musuh pula. saling benci sesama sendiri. sedangkan masa bercinta, cinta setulus hati. begitu sekejap perasaan itu berubah. btol x?

sy penah terbaca satu artikel. agak menarik artikel itu. dalam artikel tu tertulis bahawa jika kita masih belum ready utk move on, jika hati kita masih syg kekasih lama, jika ingatan kita masih pada yg lama, jika kita masih x ready utk memulakan hubungan baru dan jika kita x sanggup melulapakan kekasih lama, ALLAH xkan temukan kita dengan jodoh kita. ALLAH tau jika kita ikhlas utk memulakan hubungan baru kerana ALLAH itu maha mengetahui. btol x? so, utk memulakan hubungan baru, utk memastikan jodoh uolls dtg, uolls perlulah bersedia utk melupakan yg lama, memaafkan segala kesilapannya dan memandang ke hadapan. jika uolls masih gagal utk lakukan perkara camtu, uolls susah utk bertemu dgn orang baru. percayalah sebab sy sendiri alami situasi camni. sy penah rasa bahawa sy da mula menyukai seseorang yg baru, tapi, fikiran dan rasa syg sy masih lagi pada yang lama. jadi, hubungan dengan yg baru x ke mana. kekal hanya sebagai seorang kawan.

kalaupun uolls bernasib baik, masih rindu EX uolls and at d same time, uolls berjumpa jodoh uolls. uolls ditakdirkan berkahwin, tidak mustahil uolls akan masih merindui EX uolls sungguhpun uolls hidup bahagia dengan pasangan uolls. sume ini berlaku kekadang tanpa sedar. sume ini perasaan dan rasa hati kita. complicated bukan hidup ini? utk menjadikannya tidak sesukar yg dirasakan, belajarlah utk menerima kenyataan yg si dia bukan lagi milik kita, bahagia si dia bukan bersama kita dan maafkanlah salah silap si dia. sy juga sedang berusaha utk ke arah itu. walaupun si dia tiada salah pada sy, tp sy tetap sedih dan kecewa kerana si dia meninggalkan sy. lebih2 lagi saat sy amat perlukan dia. saat sy kehilangan separuh nyawa sy iaitu ibu. saat sy inginkan kekuatan darinya. itu sume bukan salah dia sebab perkara ini terjadi disebabkan sy. ape pun, sume ini membuatkan sy menjadi kuat.

kenangan yg pernah dilalui bersama EX uolls x harus uolls buang. sebab bukankah kenangan itu dicipta utk kita kenang? malah kenangan juga dpt buatkan uolls lebih matang. kay lah. penat menaip. nati update lain eh? bai =)

No comments: