Tuesday, December 13, 2011

Alhamdulillah~~


alhamdulillah. TQ so much ALLAH untuk segala yang KAU limpahkan ke atasku. aku amat-amat bersyukur. KAU berikanku petunjuk. KAU jauhi aku dari segala yang mungkar. KAU tarik aku ke jalan yang lurus. KAU bimbing aku untuk menjauhi kejahatan. KAU pisahkan aku dengan 'spesis' durjana. KAU perkenankan doaku selama ini. aku sgt berterima kasih terhadapmu ya ALLAH. 
selama 5 tahun aku berkawan dengan 'spesis' itu, tak pernah sekalipun perbuatan terkutuknya terbongkar. malah setiap pergaduhan kami, 'spesis' itu sentiasa letakkan kesalahan di bahu aku. selama ini, aku sahaja yang sering dipersalahkan. aku sahaja yang jahat. aku sahaja yang hina. segalanya tentang 'spesis' itu baik belaka. sesungguhnya kuasa-MU itu amat hebat, ya ALLAH. dalam sekelip mata, semua sifat dan sikap terkutuknya terbongkar satu-persatu. 'spesis' itu hanya bertopengkan dengan ketinggian ilmu agamanya. malah DR Asri salah satu penceramah agama yang disukainya. bila bercerita tentang agama, 'spesis' itu memang sangat pandai. tapi, dosa mudah tak dapat dibezakan. (sy x punya kuasa untuk tentukan berdosakah 'spesis' itu atas perbuatannya, biar ALLAH sahaja yang tentukan segalanya). 'spesis' itu sanggup menjaja cete orang lain ke sana sini. sanggup merayu pompuan sana sini hanya untuk puaskan nafsu keparatnya. 
masyaALLAH, sungguh durjana 'spesis' ini. nauzubillah. minta dijauhkan sy daripada 'spesis' itu. sungguh tak ku sangka, sikapnya sebegitu rupa. waktu bersama, seakan pijak semut pun tak mati. sering nasihatkan aku untuk melakukan kebaikan. malah sentiasa menerangkan aku soal berkaitan agama. kasihan sungguh keluarganya. bagaimanakah agaknya jika emaknya atau abahnya tahu perangai durjananya itu? tidak terfikirkah dia bahawa perbuatan dia itu sungguh terkutuk? tak tahukah dia perkara yang disukainya itu akan dilaknat ALLAH? ya ALLAH, bantulah 'spesis' itu. bimbinglah dia ke jalan lurusmu. sesungguhnya, aku amat sayangkan dia. aku mahu dia seperti yang ku kenal dulu. semoga suatu hari nanti 'spesis' itu akan tersedar dari keseronokan duniawinya. 
wahai en 'spesis'. sy x mendendami kamu. sy juga xkan membenci kamu. sy cuma harapkan agar ALLAH dapat membalas segala perbuatan kamu terhadap sy juga terhadap pompuan-pompuan yang kamu zalimi. semoga ALLAH membalas segala perselingkuhannya di belakangku. jika kamu telah mendapat balasan setimpal, kamu bermohonlah kemaafan daripada ALLAH. kamu lakukanlah solat taubat seperti waktu kamu ingin mengerjakan umrah dulu. setelah itu, kamu datanglah kepada aku dan kepada pompuan-pompuan yang kamu zalimi. melutut dan merayu untuk kemaafan. suatu ketika dulu kamu pernah merayu dan berlutut kepadaku untuk menerimamu kembali dan aku dengan lembut hati menerimamu. tapi tidak sekarang. itu semua xkan pernah dan mungkin terjadi. alhamdulillah ALLAH berikanku kesedaran dengan cepat. 
sekarang mungkin kamu tengah berbahagia. sentiasa bergelumang dengan dosa. tak takut dilaknat ALLAH. insyaALLAH, sy yakin suatu hari, kamu akan tersedar sebelum terlambat. andai kamu x punya waktu, mungkin ALLAH tidak menyayangimu dan xnak kamu melakukan kebaikan. oleh itu, beringat-ingatlah ketika melakukan dosa. kita tak tahu berapa lama lagi kita akan idup di muka bumi ini. lagipun kamu kena sedar, kamu punya history sakit yang boleh menghampiri kepada kanser. sy bukan ingin menyumpah atau mendoakan kamu mendapat sakit itu. tapi, beringatlah. oklah. sy macam dah malas nak menulis tentang 'spesis' itu. seakan x berkesudahan. huhuhu.. ok. chow dulu la yeh?? =)

p/s: segala apa yang kamu lakukan pada sy, xkan mudah untuk sy lupakan. selagi kamu x merayu dan melutut memohon kemaafan, selagi itu sy xkan memaafkan kamu. sekian

No comments: