Monday, May 23, 2011

TQ cikgu~~






tadi saya share blog post yang saya tulis tentang ibu di facebook..
baru sebentar ianya di share..
cikgu yang sangat saya hormati iaitu Pn Sadiah Esa, Private Message saya..
Pn Sadiah merupakan cikgu Kemahiran Hidup saya ketika saya di tingkatan 1..
beliau juga merupakan rakan ibu..

masa kenduri ibu yang ke-100 hari, beliau menghadirkan diri walaupun terdapat kekangan semasa dalam perjalanan..
terima kasih yang tak terhingga daripada aini sekeluarga untuk cikgu..
terima kasih kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke kenduri arwah ibu..
terima kasih juga di atas kek kukus yang sangat sedap itu..
semoga ALLAH membalas jasa baik cikgu, insyaALLAH..

actually bukan ini yang nak saya ceritakan...
saya nak share tentang apa yang beliau tulis di dalam mesej tersebut..
sesungguhnya mesej dari beliau membuatkan saya menangis kesedihan..
bertuah sangat rasa badan kerana rupanya masih ramai yang mengambil berat tentang saya..
alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI kerana memberikan saya rasa dihargai..

sungguh tersentuh mesej daripada beliau..
beliau menasihatkan saya supaya tabah dan kuat semangat..
beliau meminta saya agar sentiasa berdoa dan kerap sedekahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada ibu..
insyaALLAH cikgu, saya akan lakukan itu sume..
malah, alhamdulillah saya tidak pernah miss untuk berbuat begitu..
beliau mendoakan ibu ditempatkan di kalangan orang yang solehah..
beliau juga sentiasa mendoakan supaya saya tabah, tenang dan bahagia menjalani kehidupan seharian saya di dunia dan di akhirat..
terima kasih di atas keprihatinan cikgu..
saya amat hargainya..
hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa baik cikgu terhadap saya..

betullah apa orang kata..
tugas pendidik bukan sahaja tamat di sekolah..
malah di luar sekolah juga, seseorang yang bergelar pendidik mampu mencerminkan keperibadian yang baik..
no wonder lah arwah ibu begitu berharap saya dapat menjadi seorang pendidik..
begitu mulia tugas pendidik ini..
profesor saya juga ada mengatakan..
pendidik merupakan profesion yang menentukan seseorang itu untuk menjadi jurutera, peguam atau doktor..
tanpa pendidik, tiadalah mereka sume..
oleh itu, hargailah jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu kita..
disebabkan ilmu yang diberi dan diajar..
kita dapat menjadi seperti kita pada hari ini..
alhamdulillah (",)



No comments: