Thursday, May 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY IBU TERCINTA!!



26hb Mei 1958..
merupakan tarikh kelahiran ibu kesayangan sy..
Pn. Hindon Binti Hj. Hassan..
kalau tahun-tahun sebelum ni..
birthday ibu pasti kami sambut bersama..
tp, tidak lagi utk tahun ini..
tahun ini birthday ibu sy sambut di pusara ibu tercinta..

masih segar dlm ingatan sambutan birthday ibu pada tahun lepas..
sy hadiahi ibu sebuah handbag Coach..
puas sy mem'browse' blog yg menjual authentic designer's handbag..
bajet sy utk hadiah ibu pada tahun lepas ialah di bawah rm1k..
alhamdulillah.. setelah puas mem'browse'..
sy berkenan pada satu handbag Coach yg harganya masuk dlm bajet sy..
kalau ikutkan gaji serta hutang piutang sy..
memang agak x mencukupi utk sy membelikan ibu handbag tersebut..
tp, sy ada membuat side bisnes yg mana alhamdulillah bisnes itu memberikan sy rezeki lebih..
jd, tanpa berfikir panjang..
walaupun sebenarnya sy yg menginginkan sgt handbag Coach tersebut..
tp, demi ibu kesayangan sy..
sy membelikan dia handbag tersebut..
dengan harapan ibu akan happy bila dapat handbag tersebut..

kebetulan masa birthday ibu pada tahun lepas..
kami terpaksa ke KL kerana ibu perlu menjalani rawatan kemonya..
jadi, sy telah berpakat dgn owner blog tersebut utk menghantar handbag tersebut terus ke rumah cik shida, iaitu adik kesayangan ibu..
sy ingin membuat kejutan kpd ibu..
biar ibu pelik kerana sy langsung tidak menyibukkan diri utk persiapan sambutan birthday ibu spt selalu..
sy berlagak spt tiada apa-apa yg special pada hari itu..

pada hari yg telah dijanjikan..
owner blog tersebut telah menghantar bungkusan handbag tersebut ke rumah cik shida..
pada ketika itu sy dan ibu masih otw lagi dr batupahat ke KL..
setibanya kami di rumah cik shida..
sume org berlagak spt tiada apa-apa..
setelah ibu merehatkan diri dalam 15 mins..
cik shida meminta adik sedara sy, yana utk mengambil bungkusan handbag tersebut dan diberikan pada ibu..
apabila yana memberikan bungkusan tersebut..
ibu tersenyum..
melihatkan ibu tersenyum..
hati sy happy sgt..
ibu suka dgn handbag yg sy belikan..
alhamdulillah..
cik shida pula telah menghadiahi ibu dengan sepasang kain pasang..
ibu juga suka dgn hadiah pemberian cik shida itu..
kain itu ibu jadikan jubah kalau tak silap sy..

setelah ibu membelek-belek hadiah yg kami berikan..
sy mengajak ibu dan family cik shida utk dinner bersama..
malam itu kami dinner di Restoran GearBox Kajang..

rasanya tak lengkap jika sambutan birthday disambut tanpa kek kan??
sy hanya meng'order' cupcake dr sahabat baik sy..
Pn. Syarifah Nazatul Natalia..
nak tgk cuppies yg dia buat..
sila klik link ini--> sweetnatalyn delight
hmmm.. comey-comey kan cuppies dia buat??

ini cuppies yg sy order dr netty utk birthday ibu tahun lepas..

ibu..
sebenarnya kita punya hasrat..
sekiranya ibu masih hidup..
kita terlalu ingin membelikan ibu sebuah rumah yg selesa dan besar utk ibu duduk bersama ayah..
itu memang hasrat kita..
kita berharap kita dimurahkan rezeki oleh-Nya..
sebab kita tau ibu sentiasa mendoakan anak ibu yg sorang ni murah rezeki..
ibu juga sgt supportive semasa kita menjalankan perniagaan baju secara on9 dulu..

selain itu..
kita punya impian utk membuat ibu happy dgn kerenah cucu-cucu ibu..
kita punya impian utk ibu melihat keluarga bahagia yg kita bina bersama org yg kita cintai..
kita punya impian utk ibu kenali bakal suami kita..
kita punya impian utk ibu melihat keluarga kita menjadi besar dengan kehadiran suami dan anak-anak kita..

tapi..
sume itu tak mungkin terjadi lagi..
ibu lebih dulu meninggalkan kita..
sume impian yg kita harap dpt kita bina bersama ibu tidak dapat terlaksana..
hancur sgt hati kita..
tapi, kita perlu redha dengan apa yg terjadi ini..
mungkin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi..
ALLAH punya rencana yg baik utk kita sekeluarga..
semoga ibu tenang di sana..
semoga ibu ditempatkan di kalangan org-org yg beriman dan bertaqwa..
semoga ibu berada di golongan umat yg dimuliakan dan berada di sisi ALLAH.. insyaALLAH..

sekali lagi..
SELAMAT HARI LAHIR IBU TERSAYANG..

~al-Fatihah~




No comments: