Sunday, May 22, 2011

~Atok Bi~


tahun 2008 merupakan tahun terakhir Atok Bi bersama keluargaku..

ingat lagi saat mula-mula atok disahkan menghidap kanser pankreas..
mulanya atok hanya demam biasa..
masa hari ketiga atok demam, atok, ajib dan makngah datang ke rumahku..
atok masuk ke bilikku ketika itu..
waktu tu badan dan mata atok agak kekuningan..
malam itu ayah mencadangkan supaya atok dibawa berjumpa pakar di Hospital Putra Batu Pahat untuk membuat CT scan..

so, keesokannya makngah dan ibu bawa atok ke hospital..
apabila report keluar, kami sume berasa sangat sedih sebab atok disahkan menghidap kanser pankreas tahap 4..
masa tu saya tahu suma ahli keluarga ibu bersedih..
saya tau ibu sangat sedih cuma dia cuba berlagak tabah dan kuat depan saya..
doktor mengatakan bahawa atok hanya dapat hidup dalam masa 3 bulan sahaja..
bayangkan apa perasaan kami pada ketika itu?
atok bi sangat kuat..
walaupun dia tau yang dia xkan idup lama lagi..
dia tetap ingin menjalani pembedahan untuk memasukkan kamera melalui mulutnya..
pembedahan itu dilakukan di hospital selayang..
ketika itu makngah, makyam n ika yang jaga atok di sana..

bila atok dibawa pulang ke kampung..
saya mengambil tempat untuk menjaga atok..
atok tidak lagi boleh berdiri..
atok hanya terbaring sepanjang masa..
untuk mandikan atok pun saya dan makyam terpaksa mendukung atok dan bawa atok ke bilik air..
pampers atok pun saya dan makyam yang tukarkan..

tanggal 3hb Julai 2008,
atok telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
atok meninggalkan kami sekeluarga setelah lebih kurang 6 bulan dia bertarung nyawa..

alhamdulillah.. rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang menjaga atok ketika hari-hari terakhir dia..
masa dan tenaga saya banyak dihabiskan bersama atok..
saya x pnah berasa kesal malah bersyukur kerana diberi peluang sebegini..
peluang yang x sume orang boleh dapat..

terima kasih sekali lagi ya ALLAH di atas peluang yang telah KAU berikan padaku..
sesungguhnya aku amat bersyukur dengan peluang yang KAU berikan..
peristiwa ini sume membuatkan saya lagi menghargai orang di sekeliling saya..
hargailah orang kesayangan kita, dan janganlah kita menyakiti mereka..
ingatlah, idup ini hanya sementara..

~al-Fatihah~
Pn. Hjh. Rubiah Binti Salleh

No comments: