Sunday, May 22, 2011

Happy Mother's Day~~



walaupun terasa seperti sangat lambat untuk update tentang 'Hari Ibu'..
tapi ku tetap gagahkan juga menulis tentangnya (",)..

tahun ni x seperti tahun-tahun sudah..
tahun ni saya celebrate 'Hari Ibu' di pusara ibu kesayangan..
rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghadiahi ibu bunga..
sungguhpun bunga-bunga itu hanya boleh diletakkan di atas pusara ibu..
tapi, saya berasa sangat puas..
saya masih boleh berbual dengan ibu seperti selalu..
cuma ibu tidak lagi memberi response semasa saya berbicara..
cukup sekadar ibu mendengar apa yang saya sampaikan..

walaupun hati dan jiwa ini meruntun sedih..
tapi, saya cuba kuatkan diri untuk berbual dengan ibu..
kerana tiada siapa lagi yang saya boleh luahkan rasa hati..
hanya ibu satu-satunya tempat untuk saya luahkan rasa sedih dan gembira..

semoga ibu diberikan kehidupan yang baik di alam sana..
semoga ibu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..
semoga ibu bahagia..
semoga segala doa dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakanku untuk ibu diterima ALLAH dan sampai kepada ibu..
hanya itu yang dapat kita lakukan untuk ibu sekarang ini..
diharap kita dapat jadi anak ibu yang baik dan solehah..
diharap segala amalan kita untuk ibu diterima oleh-Nya sebagai bekalan ibu di alam sana, insyaALLAH..

"SELAMAT HARI IBU"
kita ucapkan untuk ibu..
terima kasih kerana kandungkan kita..
terima kasih kerana melahirkan kita..
terima kasih kerana besarkan kita..
terima kasih kerana menjaga kita..
terima kasih kerana menjadi ibu kita..
terima kasih di atas segala usaha, pengorbanan, penat dan lelah ibu untuk kita..
kita sayang ibu teramat sangat..
terima kasih kerana memberi kita peluang menjaga ibu ketika ibu sakit..
terima kasih ALLAH di atas peluang yang diberikan kepadaku..
diharap ibu berpuas hati dengan jagaan kita selama ini..
maafkan kita sekiranya ada kekurangan semasa kita menjaga ibu..
tidak kira laa masa ibu sihat mahupun ketika ibu sakit..
ampuni segala dosa kita..
kita harapkan doa yang terbaik daripada ibu untuk kita dari sana..
terima kasih ibu..
ibulah segalanya untuk kita..
~al-Fatihah~


No comments: