Thursday, April 21, 2011

hati seorang wanita..




andainya lelaki tahu dalam hati seorang wanita..
ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu untuk ditemani kesedihannya..

andainya lelaki tahu rajuk seorang wanita minta dipujuk..
marah seorang wanita perlu didekati..
sedih seorang wanita harus didengari..
gembira seorang wanita ingin dikongsi..

andainya lelaki tahu..
di sebalik seribu satu rasa itu..
ada sekeping hati nan lembut..
bukan untuk dimanjai..
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yg penuh..
hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terasa wujud walau di saat jauh..

kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya..
pada diri seorang wanita..
wujudkah cinta itu di hati lelaki??
bila di saat jauh tanpa perkhabaran..

sayangilah seseorang itu atas dasar ape dirinya sekarang..
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini..
cintailah seseorang itu kerana hatinya..
bukan paras rupanya semata-mata..
kasihilah seseorang itu kerana keikhlasannya..
bukan kerana apa yang dimilikinya..




................................................sekian ;)

No comments: