Monday, March 14, 2011

i'm back~~

hye dear followers...
lame sgt da x update blog ni..
since May 2010 lagi..
so it is almost 10 months la since i wrote my last post..

dalam masa seploh bulan saya mendiamkan diri dari meng'update'kan blog ni..
mcm2 tlah berlaku dalam idup saya..
perkara yg paling x mungkin n dpt saya lupakan adalah... kehilangan orang yg paling saya sayang, cinta, kasih, perlu, harap dalam dunia ini... iaitu IBU kesayangan saya..

sungguh sangat x disangka..
ibu pergi tinggalkan saya n ayah sendiri..
sikit pun ibu x tunjukkan kesakitan yang ditanggungnya..
ibu sangat tabah..
ibu sangat kuat..
saya bangga punya ibu sekuat n setabah ibu...
ibu, kita sangat2 sayang kat ibu..
tiada apa yg dapat membuang rasa kasih, sayang n cinta kita pada ibu..

semuanya berlaku sepantas kilat..
seingat saya pada bulan May tahun lepas, doktor pakar menyatakan bahawa ibu telah free from cancer..
mane nak tau awal bulan Julai, sakit itu kembali semula..
kegembiraan ibu hanya seketika..
saya lihat ibu sangat tabah n kuat..
saya tahu ibu sengaja menyembunyikan kesedihannya kerana x mau saya n ayah turut bersedih..
ibu terpaksa menjalani rawatan kemoterapi yang kali ini ubatnya lebih kuat berbanding kali pertama dulu..
walaupun kekadang ibu mengeluh..
tapi.. ibu tetap menjalani rutin rawatan kemo 3 minggu sekali di hukm..
kalau tidak saya yg menemani ibu, ayah yg akan menemani ibu..
ataupun kekadang sepupu saya, ika yg menemani ibu menjalani rawatannya itu..

sepanjang tempoh ibu menjalani rawatan, sekali pun ibu x pnah muntah..
tidak seperti pesakit kanser yg lain, setiap kali terima rawatan kemo, pasti kelihatan mereka muntah..
terlihat ketabahan ibu di situ..

saya ingat lagi sebulan sebelum ibu 'pergi' meninggalkan saya..
saya menemani ibu menjalani rawatan kemo seperti selalu..
ibu sangat cergas..
ketika ibu menerima rawatan, saya menemani ibu dengan ber'facebook'..
habis je rawatan, kami balik ke umah ayah di sg buloh..
masa berjalan keluar dari bilik rawatan, terdapat ramai pesakit kanser yg sedang menerima rawatan..
masing-masing kelihatan lemah tidak bermaya..
ade yang muntah tak henti2..
menangis dan sebagainya..
tapi ibu... dengan cergasnya berjalan meninggalkan bilik rawatan..
sambil berjalan, kami berbual..

saya: kesian tengok diorang kan ibu? muntah2 sume.. cam tseksa jek..
ibu: tu laa.. alhamdulillah ibu x jadi camtu..
saya: btol tu.. alhamdulillah.. ibu x pnah muntah kan??
ibu: (hanya tersenyum)

itu dialog ibu selepas menerima rawatan kemo nya yg terakhir..


demi ALLAH, kalau diingat kembali dialog itu..
saya yakin yg ibu akan sihat seperti sedia kala..
demi ALLAH..
saya yakin ibu akan dapat bersama saya hingga kini..
tapi...
semua itu ketentuan ALLAH..
hanya DIA lebih mengetahui segala hal yg telah berlaku dan akan berlaku..

sesungguhnya saya x dapat menipu diri saya..
hingga kini saya masih x dapat menerima kehilangan ibu dari sisi saya..
saya redha dalam terpaksa..
sehingga kini bayangan ibu, bau badan ibu, suara ibu masih mekar dalam diri saya..
sehingga kini saya masih dapat rasakan kewujudan ibu bersama saya..
orang yg rapat dengan saya tahu betapa ibu memainkan peranan yg sangat penting di dalam kehidupan saya..
semua perkara yang saya lakukan hanya untuk ibu semata..
saya sanggup berhenti dari menjadi engineer hanya disebabkan ibu meminta saya berbuat demikian..
saya sanggup melanjutkan pelajaran di peringkat master di atas kehendak ibu..
semua yg saya lakukan hanya untuk ibu..

saya mahu lihat ibu bahagia..
saya mahu lihat ibu gembira..
tapi...
semua sudah x berguna lagi kini..
ibu x sempat untuk melihat saya berjaya..
ibu x sempat untuk melihat saya menggenggam skrol master's degree saya..
ibu x sempat untuk melihat saya berkeluarga..
ibu x sempat untuk duduk di rumah idaman saya..
ibu x sempat untuk bersama saya melihat saya gapai segalanya yg ibu hajati..

"sungguhpun perit untuk kita telan, percayalah ibu semua yg kita lakukan ni masih untuk ibu. walaupun kekadang terasa seperti mahu surrender dari meneruskan pengajian. tapi... demi ibu, kita akan teruskan juga, insyaALLAH.."

ketahuilah ibu..
kita masih x puas menjaga ibu..
kita masih x puas melayan ibu..
kita masih x puas bermanja dengan ibu..
kita masih x puas dibelai ibu..
kita masih x puas dengan kasih sayang ibu..
kita masih x puas melihat wajah ibu..
kita masih x puas menghidu bau badan ibu..
kita masih x puas memimpin ibu..
kita masih x puas tido dengan ibu..
kita masih x puas dengar suara ibu yg sangat lembut tu..
kita masih x dapat terima kehilangan ibu...

oh TUHAN..
berat sangat dugaan yg Kau turunkan padaku..
aku berharap aku dapat tabah dan sabar dengan dugaan ini..
tapi...
aku lemah..
aku keseorangan..
tanpa ibu, hidupku seperti x bermakna lagi..
ibu segalanya untuk aku..
bukan tidak menerima ketentuan ILAHI..
tapi..
aku hanya insan biasa..
insan yang khilaf dan lemah..
ampuni dosaku~~




Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya padamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih Mu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu... (by exist)


pic kami masa bercuti di jakarta..
ibu saya yang memakai baju itam putih itu okay?(^.^)

2 comments:

Anonymous said...

sedih.i hope ALLAH will continue to bless u my dear.n mudah2an wpun mcm2 dugaan ALLAH bg u will go on n make arwah ibu proud.n i know u will.insyaALLAH.

miss aini punya cerita said...

tanx a lot.. i do reli hope i can be strong n make ibu proud with me..