sehari suntuk sy x meng'hupdate' blog kesygn ni..
arini agak bz sbb bangun je dr tdo pg td trus bsiap2 untuk ke pagoh..
buat ape sy ke pagoh eh?? uolls pnah dgr x ladang herba nasuha??
sy ke sana pagi td kerana membelikan maktok herba utk kesihatan..
sy p sne dgn spe eh?? sy p sorg2 je td..
tpksa cekalkan diri utk p sbb x sanggup tengok maktok demam x baik2..
aritu sy sme2 p klinik dgn maktok, tp demam sy dah kebah, demam dia msh x ok2 lg..
nasuha herbs and spices paradise
ekceli cmne sy tau ttg ladang ni eh?? dlu ms ibu ade, adik ibu yg suggest sy bwk ibu ke sini..
as sume readers tau if follow blog sy ni ibu sy dlu menghidap penyakit kanser..
kat cni ade jual herba yg sesuai utk bermcm2 jenis penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dll..
herba ni tujuannya sebagai anti-oksida di samping menaikkan tenaga fizikal pesakit utk fight penyakit2 mereka..
masa mula2 ibu makan ubat ini, alhamdulillah keadaan ibu sgt baik..
tp, disebabkan ibu sgt x suke makan ubat cecair especially yg pahit2 ni..
jadi, ibu x teruskan memakan ubat herba ni..
jadi sistem imunisasi ibu jadi lemah..
dan sel2 kanser lbh mudah membiak..
memandangkan dlm perjalanan sy ke sana hujan yg sgt lebat hingga x nampak jalan..
jadi spai je kat nasuha herbs tu sy merehatkan diri di restoran yg disediakan dengan meng'oder' air barley panas dan kue teow goreng utk mengisi perut yg kosong..
sy memilih tempat duduk yg sama ketika sy, ayah dan mak makan di restoran ini 4 bulan lepas..
mata sy menular melihat sekeliling kawasan restoran dan terhenti kat tempat duduk yg ibu pnah duduk dlu..
kenangan sy mbawa ibu ke sana dtg..
kalau lah ibu msh ade, pasti sy akan ditemani ibu utk pergi ke sini??
adoiiiiii, ibu memang teman terapat sy..
ke mana sy pergi pasti ibu ade bersama..
ke mana sahaja ibu ingin pergi, pasti sy yg mhantar dan menemaninya..
kami bagaikan kembar, malah ramai yg kata muka kami mempunyai iras..
ni yg x ske bila tulis atau teringat ttg ibu..
airmata laju je mengalir mcm xbley stop..
ntah spai bila laa kesedihan ni akan menemani diri sy..
kehilangan ibu tersayang, di tambah pula sy yg mjaga ketika dia sakit, bsama sentiasa ketika senang dan susah, mbuatkan kekadang sy rasa tidak redha dgn pemergiannya..
sy tiada siapa2 yg sy boleh hrpkan..
sbb hanya ibu yg faham sikap dan sifat sy..
sejahat mana pun sy, ibu xkan pernah membuang sy jauh dr hidupnya nak2 lg sy satu2nya zuriatnya..
ingatlah uollss, hargailah parents uolls selagi mereka masih bernyawa..
jangan abaikan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh ALLAH kpd kita..
sesungguhnya, kita sebagai anak yg harus mjaga kedua org tua kita..
penuhi setiap apa yg ibu bapa uolls inginkan..
sy bukan nak memuji diri sendiri..
tp, sy bsyukur ke hadrat ALLAH kerana mbuat keputusan yg betul dan tepat utk ibu..
sy resigned jawatan sebagai site engineer semata2 kerana ingin memenuhi permintaan ibu yg inginkan sy sentiasa dekat dgnnya..
sedikit pun tiada kekesalan di hati, malah bos lama pernah menelefon utk mengajak sy bekerja dgnnya semula..
sy masih x puas menjaga ibu kerana walaupun sy yg mjaga ibu ketika sakit..
sy rasakan yg sy tlalu bertegas dgn ibu..
malah hingga kini sy terkilan kerana ketika saat akhir ibu, sy x membacakan yasin kepadanya kerana menyangka yg ibu akan sihat seperti biasa..
walhal pada ketika itu ibu kelihatan terlalu sakit dan ibu x pnah menunjukkan kesakitan dia di depan sy dan ayah..
kalau pun sy menemani ibu membuat kemo, ibu x pnah sekali pun muntah atau pengsan mahupun menangis kesakitan..
ibu sgt kuat dan mpunyai azam yg sgt kuat utk terus hidup demi sy dan ayah..
ibu pnah sekejap disahkan doc bebas dr kanser, ttp sebaik penyakit ibu dtg kembali, ibu dah menunjukkan tanda2 yg dia sgt down..
even kalau ms 1st time ibu di diagnose mhidap kanser, setiap kali lepas jalani rawatan kemo, ibu akan maklumkan kepada sy jumlah sel kanser di tubuhnya..
ttp sejak kanser dtg smula, ibu x pnah sekalipun maklumkan sy jumlah sel kansernya..
kerana sy tau ibu xnak sy rsau..
ingat lg hari2 terakhir ibu sebelum ibu pergi meninggalkan sy..
minggu tu merupakan minggu exams sy..
walaupun sy exams, sy akan pastikan sebelum sy melangkah kaki keluar umah, sy akan siapkan bekpes utk ibu..
tapi setiap kali sy blk dr exams, mknn yg sy sediakan seakan x bsentuh lgsg..
ibu hanya makan sedikit sahaja sedangkan ibu seorang yg pemakan orgnya..
ms tu sy x merasakan ape2 yg pelik kerana ibu maklumkan bahawa dia rs x selesa dan sakit akibat minor operation yg dijalaninya utk membuang tube dalam badan ibu..
jd, sy hanya beranggapan yg ibu demam dan bila keadaan ibu menjadi semakin teruk dan ibu lgsg tidak larat utk berjalan, sy segera menelefon ayah utk blk ke johor..
kalau ibu demam, ibu xbley p ke any clinics..
ibu hanya bley di refer kan ke ukm specialist centre je..
sebelum ayah spai ke umah, ibu ade memberitahu yg ayah akan dtg kepada sy..
masa tu sy agak pelik sbb setahu sy, sy langsung xde bitau ibu yg sy called ayah..
malah sy called ayah di luar umah sbb xmo ibu dgr sy menangis..
sy papah ibu ke biliknya dan minta ibu berehat..
tepat jam 11pm, ayah spai dr umahnya di sg. buloh.. ayah terus masuk ke bilik ibu..
ayah baring sebelah ibu dan ibu terjaga..
ibu mengadu kat ayah yg dia tlalu sakit, masa tu sy tgk ayah menangis dan suruh ibu bersabar..
ayah ajak ibu ke hospital, tp ibu xnak..
ayah pujuk ibu utk ke hospital keesokan harinya..
malam tu ibu tido langsung tak lepaskan pelukannya pd ayah..
malam tu sy hanya sempat tido selama sejam je sbb menjaga ibu di samping membaca nota utk paper keesokan hari..
sy tjaga sekitar jam 4am, sy masuk blk ibu utk pastikan ibu masih tido..
5mins selepas sy keluar dr bilik ibu, ayah panggil sy..
sy masuk balik dlm bilik dan melihat ibu telah terjaga..
ibu haus dan meminta sy membuatkannya air teh hijau suam dengan oat khas utk pesakit kanser..
sy ke dapur membuat air yg ibu minta dan suapkan ibu sehingga ibu mengarahkan supaya sy berhenti..
sy ke ruang tamu semula utk menyambung membaca nota..
sekali lagi ayah memanggil sy, dan masa tu ayah mengadu kat sy yg ibu merajuk dengannya sbb apa yg ibu ckp ayah xbley paham walau sebutir pun ayat sehingga ibu memalingkan mukanya ke arah lain..
sy memujuk ibu dan menanyakan kepadanya apa yg ibu inginkan..
rupanya ibu menyuruh sy segera mandi utk exams padahal masa tu jam baru menunjukkan pukul 5.45am..
sy ckp dgn ibu; "xpe ibu, lame lagi nak exams. kita bley jg ibu lg. nanti kita mandi okay?" ibu menganggukkan kepalanya..
bila sy nak kluar dr bilik ibu, ibu menunjukkan sy ke arah laci sebelah katilnya..
dia seakan menyuruh sy mengambil dan meyimpan brg yg ada di situ..
tp, sy memberitahu ibu yg nati sy akan amek dan tgk..
ibu hanya mengangguk lemah..
tak spai 5mins sy ke ruang tamu, sy terdengar nafas ibu seperti mengeluh yg sgt kuat..
sy bgegas ke bilik ibu, sy panggil ibu, sy gegarkan bdn ibu..
waktu tu sy lihat dada ibu langsung x berombak, sy menangis di pangkuan ibu..
ibu telah pergi meninggalkan sy tepat jam 6.55am pada 1 disember 2010..
al-Fatihah utk ibu..
maaf eh kwn2, nati sy smbg tulis lg..
tiba2 kepala sy sakit sgt..
dan sy rs sy x mampu nk teruskan tulis cete ttg ibu skang ni..
chowww~~
No comments:
Post a Comment